in

Cara Mudah Elak Habuk Melekat Pada Bilah Dan Jaring Kipas

elak habuk melekat kipas

Setelah digunakan dalam tempoh lama, akan sentiasa terdapatnya habuk yang melekat pada bilah dan jaring kipas. Apa yang lecehnya, bilah dan jaring kipas ini hendaklah selalu dibersihkan dari habuk kerana ianya akan menjejaskan kelajuan kipas tersebut.

Cara Hilangkan Kertas Atau Tisu Melekat Pada Pakaian Yang Baru Dicuci

Cara Mudah Elak Habuk Melekat Pada Bilah Dan Jaring Kipas

Satu perkongsian dari Facebook Alosnida Musa menceritakan cara mudah untuk elak habuk melekat pada bilah dan jaring kipas sehingga 2 ke 3 bulan lamanya dengan menggunakan bahan yang boleh didapati dengan mudah.

Bahan-Bahan Pencuci Kipas

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut dengan nisbah 1:1:1 pada setiap bahan:

  1. Pelembut pakaian
  2. Cuka makan
  3. Air

Cara Menggunakan Pencuci Kipas

Berikut merupakan cara mudah untuk menggunakan pencuci kipas. Langkah dibawah ini boleh diulang setiap 2 ke 3 bulan sekali.

  1. Bersihkan bilah dan jaring kipas seperti biasa.
  2. Campurkan pelembut pakaian, cuka makan dan air ke dalam bekas lain.Nisbah campuran ialah 1:1:1 pada setiap bahan.
  3. Kacau sebati dan korang masukkan ke dalam botol berspray supaya lebih senang nak digunakan.
  4. Sembur-sembur rata pada bilah dan jaring kipas.
  5. Biarkan selama 5 minit, jangan lupa dilap semula dengan kain lembab.
  6. Biarkan kipas kering.
cecair-cuci-kipas
cara-cuci-kipas
elak-habuk-melekat-pada-kipas

Sumber: Alosnida Musa