Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai eMadani Setel : Cara Daftar & Penebusan Kredit eWallet RM100 yang dikongsikan oleh artikel asal di laman eMadani Setel : Cara Daftar & Penebusan Kredit eWallet RM100 (ecentral.my)
Lain: Cara Daftar Haji Guna KWSP Secara Percuma
Apa itu eMadani Setel
eMadani Setel merupakan kredit e-tunai sebanyak RM100 untuk golongan B40 dan M40, di mana program ini adalah kesinambungan program eBeliaRahmah dan dikreditkan ke dalam aplikasi Setel.
Antara objektif program ini adalah memangkin pendapatan PMKS dan menggalakkan pembayaran tanpa tunai di samping memanfaatkan rakyat dengan transaksi digital.
Pelaksanaan program ini adalah selaras dengan komitmen kerajaan untuk menyegerakan pelaksanaan terutamanya langkah yang menyokong agenda pendigitalan ekonomi negara serta membantu rakyat secara langsung.
Cara Memohon eMadani Setel
- Muat turun aplikasi e-dompet terlibat. Untuk menebus daripada Setel, sila install & login aplikasi Setel di SINI.
- Ikut arahan yang disediakan dalam aplikasi Setel.
- Pastikan anda telah membuat verifikasi identiti anda secara elektronik Know-Your-Customer.
- Anda akan dimaklumkan sekiranya tuntutan berjaya.
- Masukkan maklumat yang diperlukan dan tekan HANTAR.
- Jika lulus, anda akan menerima insentif tersebut dalam masa 5 hari bekerja.
Tempoh Permohonan & Penebusan eMadani Setel
- Tempoh tuntutan: 4 Disember 2023 – 20 Februari 2024
- Tempoh perbelanjaan: 4 Disember 2023 – 29 Februari 2024
Maklumat Lanjut eMadani Setel
Pemohon program ini juga boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) melalui pautan https://manfaat.mof.gov.my/eMADANI atau laman web rasmi Setel di pautan https://www.setel.com/ mendapatkan maklumat lanjut.
Sumber: eMadani Setel : Cara Daftar & Penebusan Kredit eWallet RM100 (ecentral.my)