in

Punca Eyebag Dan Cara Hilangkan Eyebag

eyebag

Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan maklumat mengenai eye bag seperti punca eyebag dan cara hilangkan eyebag atau cara kurangkan eyebag dengan cepat.

Tips lain: Senarai Khasiat Minyak Zaitun Termasuk Kuruskan Badan

Eyebag

Apa itu Eyebag?

Eye bag atau eyebag merupakan masalah mata yang mengalami sembap, bengkak ringan atau bengkak pada bahagian bawah mata dan perkara ini adalah satu isu biasa apabila anda semakin meningkat usia.

Eyebag in Malay

Eyebag in Malay atau eye bag in Malay adalah bermaksud kantung mata.

Punca Eyebag

Dibawah adalah beberapa maklumat mengenai punca eyebag:

Tidak Cukup Tidur

Apabila tidak mendapat tidur atau rehat yang mencukupi, mata seseorang wanita itu boleh ada eyebag. Sudah tentu jika tidak mendapat tidur yang cukup, ia akan mengganggu keadaan mata.

Alahan

Menurut MayoClinic, seseorang itu memang boleh kena eyebag jika ada alahan. Walau bagaimanapun, eyebag di bawah mata adalah satu kebimbangan kosmetik dan tidak memerlukan rawatan khusus.

Rawatan di rumah dan tukar sahaja gaya hidup boleh membantu mengurangkan atau menghapuskan mata bengkak. Lain-lain punca ialah:

  • Merokok
  • Faktor genetik atau keturunan
  • Pengekalan cecair, terutama apabila bangun atau menikmati makanan masin

Cara Hilangkan Eyebag

Untuk cara kurangkan eyebag dengan cepat dan mudah, berikut adalah beberapa petua yang boleh anda amalkan bagi mengatasi masalah eye bag.

Pemampat Sejuk

Tolak ke tepi sebarang krim. Anda hanya perlu menggunakan sudu teh atau timun yang disejuk, kain lap bersih yang dibasahkan dengan air sejuk atau mungkin satu beg sayuran sejuk beku.

Apa yang perlu anda lakukan hanya menekan secara perlahan pada bahagian bawah mata anda untuk beberapa minit. Jika perlu, anda boleh melapik mata anda menggunakan kain bagi mengelakkan kejutan akibat suhu yang sejuk.

Uncang Teh

Uncang teh berkesan dalam cara menghilangkan eyebag. Ini kerana kafein yang terdapat dalam teh mengandungi antioksidan yang tinggi dan dapat meningkatkan aliran darah ke kulit.

Malahan ia dikatakan dapat melindungi sinaran UV dan berpotensi memperlahankan proses penuaan. Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan menyejukkan uncang teh yang telah digunakan dalam peti sejuk selama 20 minit.

Kemudian, picitkan uncang tersebut untuk mengeluarkan cecair yang masih berada di dalam uncang dan sapukan pada bahagian bawah mata. Letakkan uncang pada bahagian mata selama 15 hingga 30 minit.

Cuci Solekan

Tidak dinafikan pulang dari kerja, keletihan dan rasa lesu akan mencengkam diri. Namun jika anda memakai solekan, pastikan anda menanggalkannya terlebih dahulu sebelum tidur, atau lebih tepat membasuh muka setiap malam sebelum tidur.

Ini kerana jika anda terus tidur bersama solekan di wajah, anda mungkin akan mengalami kerengsaan, berdepan reaksi alahan dan cenderung untuk mengalami kemerahan, bengkak dan simptom lain.

Malah ia juga meningkatkan risiko untuk mengalami kedutan dan kerosakan pada kulit wajah kerana terdedah kepada radikal bebas.

Tinggikan Bantal

Cara ini boleh membantu untuk mencegah cecair daripada terkumpul pada bahagian mata semasa anda tidur. Anda boleh melakukannya dengan menggunakan tambahan bantal pada kepala.

Namun pastikan ia tidak terlampau tinggi sehingga menyebabkan anda sukar untuk tidur dan mungkin mengalami ketegangan pada bahagian leher.

Tidur Mencukupi

Anda hanya perlu memastikan anda mendapat rehat dan tidur yang mencukupi setiap hari. Sekurang-kurangnya 8 hingga 9 jam sehari adalah tempoh yang terbaik bagi seorang individu dewasa.

Jika anda berdepan dengan masalah sukar untuk tidur, anda boleh mencuba kaedah seperti mengelakkan minuman dan makanan yang mengandungi kafein dalam tempoh 6 hingga 12 jam sebelum waktu tidur, cuba menghindari penggunaan telefon bimbit, sebarang alatan elektronik seperti televisyen sejam sebelum waktu tidur dan cuba untuk tidur pada waktu yang sama pada setiap malam.

Sumber: Therohani