Fi Amanillah : Maksud, Bila Perlu Ucap & Cara Balas

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Fi Amanilah : Maksud, Bila Perlu Ucap & Cara Balas

Lain: Doa Sebelum Tidur : Bacaan Rumi & Maksud

Maksud Fi Amanillah

Fi Amanillah bermaksud “(berada) dengan keselamatan Allah”, atau “Semoga Allah Melindungi Anda”. 

Tujuan frasa ini diucapkan adalah untuk mengharapkan keselamatan Allah (Allah) terhadap orang lain. Selain itu, ungkapan ini juga menunjukkan keprihstinan dan kasih sayang antara satu sama lain dengan menginginkan keselamatan bagi individu yang kita sayangi.

Cara Membalas Fi Amanillah

Bagaimana cara membalas sekiranya orang lain mengucapkan Fi Amanillah kepada kita?

Jawapan biasa kepada ungkapan tersebut adalah “Fi Hifzillah” yang bermaksud “Dengan perlindungan Allah”.

Atau anda boleh menjawab dengan frasa yang sama “Fi Amanillah”.

Atau anda boleh mengucapkan terima kasih atas doa yang tulus ini dengan mengatakan “Jazakallah Khayran”.

Bila Perlu Ucapkan Fii Amanillah?

Penggunaan yang paling biasa bagi frasa ini adalah sama seperti ucapan, bye, selamat tinggal. Ia biasanya diucapkan pada akhir perbualan atau apabila berpisah dengan satu sama lain. 

Ia juga sesuai diucapkan apabila dua orang akan berpisah dan tidak tahu bila mereka akan bertemu lagi. Ucapan ini mengharapkan perjalanan yang selamat dalam perjalanan mereka dengan doa semoga berjumpa lagi. 

Contoh Penggunaan Fi Amanillah

  1. Fi Amanillah. Semoga selamat sampai
  2. Selamat malam. Fi Amanillah.
  3. Jaga diri, Fi Amanillah. Jumpa nanti, insyaAllah!
  4. Semoga Allah melindungi dan memberkati perjalanan kita. Amin. Fi Amanillah!
  5. Jumpa lagi lain kali, insyaAllah. Fi amanillah. 

Diharapkan info Fi Amanillah di atas ini dapat memberikan anda maklumat baru yang berguna

Sumber: Fi Amanillah ( في أمان الله): Maksud, Bila Diucapkan & Cara Membalasnya (ecentral.my)