Jenis-Jenis Hadiah Untuk Ayah Yang Sesuai

Tidak semestinya kena tunggu Hari Bapa baru kita hendak kasi hadiah untuk ayah kita. Dalam artikel ini kami akan berikan beberapa contoh jenis hadiah untuk bapa yang sesuai diberikan tidak kira majlis atau masa.

Hadiah ini bukan sahaja boleh digunakan sebagai hadiah hari bapa, tapi turut boleh digunakan sebagai hadiah untuk ayah hari jadi, hadiah untuk ayah pencen, hadiah untuk bapa mertua, hadiah untuk ayah bersara, hadiah untuk ayah yang tua dan sebagainya.

Hadiah Untuk Ibu Yang Sesuai: Jenis-Jenis Hadiah Untuk Ibu Yang Sesuai

Hadiah Untuk Ayah

Kalau anda tiada idea untuk berikan apa jenis hadiah untuk bapa anda, anda boleh tengok senarai hadiah dibawah ini.

Hadiah Beg Dompet

Beg dompet boleh diberikan untuk menggantikan wallet ayah yang sudah lama dan lusuh.

hadiah beg dompet

Hadiah Tali Pinggang

Sama seperti wallet, tali pinggang atau belt boleh diberikan kepada ayah kita sekiranya sudah lusuh dan supaya seluar tidak terlondeh.

hadiah tali pinggang

Hadiah Tali Leher

Jika ayah anda masih bekerja, neck tie adalah antara hadiah paling sesuai yang boleh diberikan kepada ayah anda.

hadiah tali leher

Hadiah Jam Tangan Kesihatan (Fitness Tracker)

Hadiah jenis ini boleh diberikan kepada mereka agar dapat menggalakkan mereka untuk jalani kehidupan yang lebih sihat.

fitness tracker

Hadiah Helmet Motor

Jika ayah anda lebih banyak menunggang motor daripada memandu kenderaan, bolehlah kasi hadiah helmet motor kepada mereka supaya lebih selamat.

helmet motor

Hadiah Perfume (Minyak Wangi)

Hadiah minyak wangi boleh diberikan untuk sentiasa memastikan ayah anda wangi ketika berada di luar.

hadiah minyak wangi

Hadiah Suite Lengkap

Sama seperti tali leher, sekiranya ayah anda masih lagi bekerja, anda boleh berikan satu set lengkap suite untuk mereka tampil lebih menarik di tempat kerja.

hadiah suit

Hadiah Set Memancing

Jika ayah anda seorang kaki pancing, sudah pasti set memancing merupakan hadiah yang bermakna untuk beliau.

hadiah memancing

Hadiah Penginapan Di Hotel

Pada waktu PKP sekarang ini, banyak hotel menawarkan promosi penginapan hotel mereka (staycation) yang murah. Boleh berikan pakej tersebut kepada ayah anda untuk berehat di hotel.

pakej penginapan

Hadiah Jam Tangan

Ayah anda pasti suka sekiranya anda berikan mereka jam tangan baru, lebih-lebih lagi jam tangan jenis bertali besi.

hadiah jam

Hadiah Mesin Urut Badan

Semakin kita meningkat dewasa, ayah kita juga meningkat usia dan mula sakit-sakit badan. Anda boleh hadiahkan mesin urut badan untuk membantu kurangkan kesakitan mereka.

mesin urut badan

Hadiah Mesin Urut Kaki

Bukan hanya mesin urut badan, tapi mesin urut kaki juga sedikit sebanyak dapat bantu mereka yang telah banyak berjasa membesarkan kita.

mesin urut kaki

Hadiah Motosikal

Bagi yang berkemampuan, boleh hadiahkan motosikal baru untuk ayah supaya dapat digunakan untuk meronda di kawasan kampung atau untuk ke surau.

hadiah motosikal

Hadiah Pakej Umrah

Hadiah pakej umrah sudah pasti tidak akan ditolak oleh mereka. Anda turut boleh berikan kepada ibu anda sekali suapay mereka dapat pergi bersama. Ini adalah antara hadiah paling bermakna.

hadiah pakej umrah

Hadiah Laptop

Hadiah laptop turut boleh diberikan kepada mereka sekiranya mereka masih lagi menggunakan laptop lama yang tidak lagi laju dan selalu sangkut.

hadiah laptop

Hadiah Smartphone (Telefon Pintar)

Anda boleh juga hadiahkan telefon pintar kepada ayah anda tetapi pastikan anda ajar mereka cara untuk gunakan telefon pintar tersebut.

hadiah telefon pintar

Hadiah Pakej Pelancongan

Jika anda ingin pergi melancong, bawalah sekali ayah dan ibu anda supaya percutian itu bermakna untuk anda sekeluarga. Dengan cara ini dapat hargai saat-saat indah bersama keluarga anda.

hadiah pakej pelancongan

Sumber: hellokerja.com