Hari Raya 2025 : Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2025

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Tarikh hari raya 2025 yang perlu anda tahu

Lain: Kalendar Islam 2025 & Tarikh Penting Bulan Islam JAKIM

Penetapan Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2025

Tahukah anda bahawa di Malaysia, Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2025 ditentukan melalui dua cara iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secara hisab (kiraan).

Rukyah atau melihat anak bulan pada petang 29 haribulan hijrah bagi menentukan sama ada keesokan harinya 30 haribulan atau 1 haribulan.

Sekiranya anak bulan kelihatan di ufuk selepas matahari terbenam maka keesokan harinya dikira awal bulan baharu tetapi sekiranya tidak kelihatan maka bulan tersebut digenapkan menjadi 30 haribulan.

Sekiranya anak bulan tidak kelihatan berdasarkan kaedah rukyah maka kaedah Imkanul Rukyah akan digunakan bagi menentukan keesokan harinya 30 haribulan atau 1 haribulan.

Tarikh Hari Raya 2025

Menerusi takwim yang dikeluarkan oleh JAKIM, tarikh hari raya 2025 dijangka jatuh pada 31 Mac 2025 iaitu pada hari Isnin.

tarikh hari raya 2025

Diharapkan info tarikh tari raya aidilfitri 2025 di atas ini dapat memberikan anda maklumat yang berguna.

Sumber: Hari Raya 2025: Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2025 (ecentral.my)