Dalam artikel ini kami akan kongsikan maksud Transfer atau Interbank Giro antara bank di Malaysia. Tempoh IBG Transfer berapa hari untuk setiap transaksi dijelaskan.
Artikel menarik lain: Ini Maksud Simbol Pada Meter Kereta Yang Perlu Anda Tahu
IBG Transfer
Berikut adalah maklumat mengenai IBG Transfer.
Maksud IBG Transfer
Apa itu IBG Transfer? Maksud IBG Transfer dalam Bahasa Melayu adalah pindahan antara bank. Jadi, ini bermaksud duit boleh dipindahkan dari satu akaun bank ke akaun bank yang lain, termasuk:
- Akaun peribadi (savings account)
- Akaun semasa (current account)
- Pinjaman/pembiayaan (loan/financing)
- Kad kredit
IBG Transfer Berapa Hari
Untuk menjawab soalan ini, berikut adalah jadual Interbank Giro yang diambil dari Maybank.
Untuk transaksi pada hari bekerja (Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat)
- Jika waktu transaksi adalah sebelum jam 5.00 pagi, duit akan terima oleh penerima pada jam 11.00 pagi
- Jika waktu transaksi adalah antara jam 5.01 pagi hingga 8.00 pagi, duit akan terima oleh penerima pada jam 2.00 petang
- Jika waktu transaksi adalah antara jam 8.01 pagi hingga 11.00 pagi, duit akan terima oleh penerima pada jam 5.00 petang
- Jika waktu transaksi adalah antara jam 11.01 pagi hingga 2.00 petang, duit akan terima oleh penerima pada jam 8.20 malam
- Jika waktu transaksi adalah antara jam 2.01 petang hingga 5.00 petang, duit akan terima oleh penerima pada jam 11.00 malam
- Jika waktu transaksi adalah selepas jam 5.00 petang, duit akan dimasukkan ke dalam akaun penerima pada hari bekerja yang berikutnya dalam jam 11.00 pagi
- Contohnya, jika anda masukkan duit pada hari Khamis jam 6.00 petang, maka wang tersebut akan diterima pada hari Jumaat jam 11.00 pagi
Untuk transaksi pada hari tidak bekerja (Sabtu, Ahad dan Cuti Am)
- Jika transaksi dilakukan bila-bila masa dalam hari Sabtu, Ahad dan Cuti Am, duit akan dimasukkan ke dalam akaun penerima pada hari bekerja yang berikutnya dalam jam 11.00 pagi
- Contoh pertama, jika anda masukkan duit pada hari Sabtu, maka wang tersebut akan diterima pada hari Isnin jam 11.00 pagi.
- Contonya kedua, jika hari Sabtu, Ahad dan Isnin adalah bersambung kerana cuti perayaan, maka wang tersebut akan diterima pada hari Selasa jam 11.00 pagi.
Sumber: https://therohani.com/maksud-ibg-transfer-interbank-giro/