Cara Mohon iSaraan KWSP Dan Terima RM250 Caruman Tambahan

KWSP telah memperkenalkan Caruman Sukarela dengan Intensif Persaraan yang dikenali sebagai iSaraan KWSP atau i Saraan KWSP bagi membolehkan ahli yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk membuat caruman sukarela untuk tujuan persaraan. Ahli yang mencarum akan menerima caruman i saraan rm250 tambahan.

Bantuan lain: eBelia Pemerkasa: Cara Semak Dan Tebus RM150 Kredit eWallet

i Saraan KWSP

Apa itu i Saraan KWSP

iSaraan KWSP terbuka kepada lelaki mahupun perempuan yang bekerja sendiri dengan pendapatan tidak tetap, atau suri rumah yang tidak layak memohon i-Suri. i Saraan KWSP bertujuan untuk menggalakkan golongan bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk mencarum secara sukarela mengikut kemampuan.

Tujuan iSaraan KWSP

  1. Menyediakan saluran untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap menabung bagi tujuan persaraan.
  2. Meningkatkan jumlah orang yang bekerja sendiri menabung dengan KWSP
  3. Menzahirkan keprihatinan Kerajaan kepada orang yang bekerja sendiri melalui pemberian insentif untuk menabung bagi persaraan mereka.
  4. Mengurangkan jumlah warga tua yang bergantung kepada peruntukan program Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Faedah iSaraan KWSP

Berikut adalah faedah i-Saraan KWSP:

  • Menyediakan saluran persaraan untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap
  • Menerima insentif khas sebanyak 15% tertakluk kepada jumlah maksimum RM250 setahun bagi ahli yang berumur kurang 55 tahun. Insentif khas ini diberikan dari tahun 2018 sehingga 2022.
  • Mencarum mengikut masa dan kemampuan kewangan anda serta anda masih boleh membuat pengeluaran
  • Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan anda
  • Bantuan Kematian: RM2,500 * tertakluk kepada terma dan syarat KWSP

Kelayakan iSaraan

Berikut adalah kelayakan untuk memohon i Saraan KWSP. Sesiapa sahaja layak untuk daftar iSaraan sekiranya memenuhi syarat-syarat di bawah ini:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 55 tahun ke bawah
  • Orang yang bekerja sendiri *(Orang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja)
  • Ahli KWSP
  • Telah membuat pilihan i-Saraan

Contoh Orang Yang Bekerja Sendiri

  • Petani/ nelayan/ pemandu teksi
  • Peniaga kecil/ penjaja/ peniaga pasar malam/ peniaga uptown
  • Pengasuh bayi
  • Ejen menerima komisen (cth: ejen insurans, ejen hartanah)
  • Freelancer (cth: menerima bayaran selepas memberi perkhidmatan sebagai deejay, penyanyi, pelakon, jurulatih kesihatan, perunding)
  • Pemilik perniagaan (pemilik tunggal/rakan kongsi) yang membeli dan menjual barangan/perkhidmatan
  • Pemilik perniagaan dalam talian (online business)
  • Pemilik praktis sendiri (cth: akauntan, doktor, peguam)
  • Suri rumah
  • Pekerja Berpencen

Cara Caruman iSaraan Dan Saluran Pembayaran i Saraan

Untuk cara caruman i saraan, tiada caruman minimum yang ditetapkan bagi setiap bulan. Caruman boleh dibuat melalui saluran pembayaran i saraan seperti berikut:

Perbankan Elektronik

  • Maybank
  • Public Bank
  • RHB Bank
  • Bank Muamalat
  • CIMB Bank

Kaunter Ejen Bank (Tunai Cek)

  • BSN
  • Maybank
  • Public Bank
  • RHB Bank

Ejen Bank Berdaftar

Ejen Bank (EB) BSN

Kaunter KWSP

Tunai (maksimum RM500) / cek di semua kaunter KWSP Ibu Negeri termasuk KWSP Muar

Nota: 
Tiada had bayaran minimum, manakala had maksimum adalah RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, i-Suri, Caruman Simpanan Tambahan – berkuat kuasa Januari 2013)

Sumbangan Kerajaan i Saraan

Bagaimanakah sumbangan kerajaan akan dikreditkan? Untuk pengetahuan anda, KWSP akan membuat tuntutan sumbangan Kerajaan secara berkala berdasarkan caruman bagi separuh tahun tempoh pertama (Januari hingga Jun) dan separuh tahun tempoh kedua (Julai hingga Disember) setiap tahun.

Wang sumbangan akan dikreditkan ke akaun ahli selepas KWSP menerimanya daripada Kerajaan. Sumbangan ini akan dikreditkan ke dalam Akaun 1 ahli (Akaun Persaraan).

Cara Daftar i Saraan

Sewaktu cara mohon isaraan KWSP, anda diperlukan untuk sediakan dokumen seperti berikut:

  • MyKad
  • Borang i-Saraan – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
  • Borang i-Saraan – KWSP 6A (2) (Semasa bayaran)
  • Bayaran dalam tunai dan cek atau melalui perbankan internet (Penggunaan borang tidak diperlukan)

Pertanyaan i Saraan KWSP

Sebarang pertanyaan mengenai iSaraan KWSP boleh disalurkan melalui Talian Khidmat Pelanggan KWSP: 03-896226000 atau menggunakan halaman Borang Pertanyaan Online.

Sumber: ecentral.my