Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Jenis Ikatan dan Simpulan Serta Fungsinya
Lain: Pengakap Sekolah : Logo, Lagu, Uniform & Lencana
Perbezaan simpulan dan ikatan
Berikut adalah beza simpulan dan ikatan untuk pengetahuan anda
Simpulan
Biasanya simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya.
Ianya digunakan pada benda-benda yang kecil dan sederhana.
Simpulan digunakan pada setiap tempat dan masa seperti di rumah, di hospital, mengkat kasut, bungkusan dan memulakan jahitan.
Ikatan
Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang dan papan untuk membuat jambatan, tiang bendera, menara dan sebagainya.
Kebiasaannya dalam kegiatan berpengakap dan kepanduan beberapa ikatan digunakan seperti ikat seraya, ikat serong, ikat silang gunting dan lilit balak.
Jenis-jenis ikatan dan simpulan
Berikut merupakan beberapa contoh dan jenis ikatan dan simpulan popular yang sering digunakan.
Simpulan bunga ceti

Fungsi:
- Menyambung hujung tali yang tidak sama saiznya, misalnya tali perahu dan tali kapal
- Menyambungkan penjuru kain dengan tali seperti mengikat bendera dengan tali
Simpulan buku sila

Fungsi:
- Menyambungkan dua tali yang sama besar.
- Mengikat bungkusan
- Mengikat atau mematikan anduh.
Ikatan Simpul manuk

Fungsi:
- Mengikat tali pada batang kayu atau mengikat tail sampan atau bot semasa berlabuh
- Mengikat khemah pada tiang kayu
- Memulakan ikatan pada kayu.
Simpulan Tindih kasih

Fungsi:
- Menyelamatkan orang di dalam kecemasan ( menaikkan atau menurunkan orang
- Mengikat atau menari kayu
Ikatan lilit 2 simpul

Fungsi: Mengikat tali pada pancang khemah
Ikatan Lilit pemati biasa

Fungsi: Diguna untuk mematikan hujung tali supaya hujung tali itu nampak kemas dan tidak terbuang
Simpul himpit

Fungsi:
- Untuk menyambung dua tali yang sama besar, khasnya tali pancing
- Untuk menyambung dua tali yang licin
Simpul pulih

Fungsi:
- Untuk memendekkan tali tanpa memotongnya
- Untuk menguatkan tali pada tempat yang reput dan hendak putus
- Untuk menegangkan tali yang kendur setelah kedua-dua hujungnya diikat
Bunga geti berganda

Fungsi:
- Untuk menyambung dua utas tali yang tidak sama besar
- Untuk menyambung dua tali yang licin
- Dua lilitan adalah lebih selamat
Ikatan lilit balak

Fungsi:
- Untuk mengikat hujung tali pada tiang atau pokok dengan mudah
- Untuk menarik balak atau kayu dan untuk memulakan ikat serong
Lilit Taut Line

Fungsi: Untuk mengikat tali khemah ke pancang atau tali ke tiang supaya ia dapat dikendurkan atau ditegangkan
Ikatan seraya

Fungsi: Untuk mengikat dua batang kayu/buluh yang bersilang berbentuk “+”
Ikatan serong

Fungsi: Untuk merapatkan dan mengikat dua batang kayu/buluh yang bersilang berbentuk “X”.
Simpulan tindih kasih ganda

Fungsi:
- Menyelamat orang dan dua tanjul itu boleh diubah untuk sesuaian orang sakit, sama seperti kegunaan tindih kasih biasa
- Lebih kukuh berbanding tindih kasih biasa kerana terdapatnya dua utas tali
- Digunakan juga semasa kerja-kerja menyelamat
Ikatan belit lucut

Fungsi:
- Digunakan untuk mengikat bot atau binatang
- Digunakan untuk turun dari atas pokok dengan menggunakan tali
Ikatan lilit pasdul

Fungsi:
- Untuk membuat tangga
- Untuk mencabut kayu pancang yang terbenam terlalu dalam tanah
Ikatan simpul kerusi

Fungsi: Diguna semasa kecemasan atau untuk menuruni/menaiki tebing.
Simpulan pemati selit

Fungsi: Mematikan hujung tali supaya hujung tali itu nampak kemas dan tidak terbuang.
Simpulan kepala lalat

Fungsi: Untuk mengelakkan hujung tali tiga strip daripada terburai.
Simpulan sambat balik

Fungsi: Untuk mengelakkan hujung tai besar daripada terburai. Dimulakan dengan simpulan kepala lalat dan kemudian dianyam dan menyelit terus ke bawah.
Ikatan silang gunting

Fungsi:
- Untuk menyambung dua batang kayu atau buluh dalam aktiviti membuat gajet dan pioneering
- Dimulakan dengan ikatan manuk pada sebatang kayu kemudian belitkan tali dengan kemas
Ikatan lilit tindih kejap

Fungsi: Penambat tali kecil untuk menarik tali besar misalnya menarik tali kapal atau bot ke pengkalan
Ikatan simpul ngah

Fungsi: Membuat tanjul gelung yang kebiasaannya digunakan untuk aktivti mendaki
Simpulan tindih kasih air

Fungsi: Mengelakkan simpulan mengetat ataupun mudah terlucut apabila ditarik dari dalam air
Ikatan pengail

Fungsi: Kebiasaan digunakan untuk aktiviti lasak mendak atau abseiling / rapeiling
Simpulan sambat mata

Fungsi: Membuat tanjul berbentuk gelung yang kekal pada hujung tali
Ikatan lilit kacang / ular

Fungsi: Mengikat susunan batang kayu atau buluh untuk dijadikan lantai dan membuat meja gajet khemah
Ikatan silang tungku

Fungsi: Mengikat tiga atau empat batang kayu atau buluh untuk dijadikan tungku kaki tiga sebagai gajet asas khemah
Simpulan tapak kucing

Fungsi: Kebiasaan digunakan untuk membuat gelung pada tali supaya boleh dimasukkan takal
Ikatan simpul tiga

Fungsi: Digunakan untuk menghubungkan dua tali
Simpulan simpul serban

Fungsi: Simpulan tradisi untuk membuat wogal skaf Pengakap sedunia.
Diharapkan info jenis ikatan di atas ini dapat memberikan anda maklumat baru yang berguna
Sumber: Jenis Ikatan dan Simpulan Serta Fungsinya (ecentral.my)