Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Jenis Kurma Dijual Di Malaysia
Lain: Doa Buka Puasa Bersendirian & Ramai (Panduan Lengkap Rumi)
Jenis Kurma Yang Dijual di Malaysia
Kurma Ajwa
Kurma Ajwa atau kurma nabi antara kurma yang dijual di Malaysia dan mendapat permintaan yang cukup tinggi kerana ia dipercayai menjadi kegemaran Rasulullah SAW.
Kurma ini biasanya bersaiz kecil dan berwarna hitam. Rasanya pula manis dengan tekstur isi yang lembut.
Kurma Mabroom
Kurma ini lebih mempunyai tekstur yang agak sama dengan kurma Ajwa yang lembut. Berbentuk panjang dan kurus, kurma ini kebanyakannya ditanam di Semenanjung Barat Arab Saudi.
Ia mempunyai kulit yang hampir lut dan berwarna coklat. Isinya pula mempunyai kedutan lembut, mempunyai rasa yang unik, berserabut, tidak begitu manis dan agak kenyal.
Jenis Kurma : Kurma Sayer
Kurma ini mempunyai kulit kering yang tipis dengan bentuk yang panjang serta bujur.
Ia dikenali dengan pelbagai nama lain seperti kurma Stamaran, Saamaran, Stamara atau Samberun.
Pada awalnya, kurman ini berwarna kuning, kemudian ia beralih menjadi kuning gelap dan akhirnya menjadi merah atau coklat gelap ketika sudah masak.
Kurma Safawi
Kurma Safawi pula adalah jenis kurma kurma yang lembut dan separa kering. Ia boleh dikenali daripada warnanya yang hitam mendalam, panjang serta bersaiz sederhana.
Ia dikatakan mempunyai rasa yang agak sama dengan kurma Ajwa namun bentuknya lebih oblong berbanding kurma Ajwa.
Kurma Mazafati
Kurma Mazafati dianggap sebagai antara kurma yang paling lazat di dunia dengan isi yang tebal serta warna hitam yang menarik berbanding jenis buah kurma lain yang ada di pasaran.
Di Malaysia, kurma ini juga dijenali sebagai Kurma Madu, Kurma Kimia atau Kurma Bam.
Kurma Rabbi
Kurma ini berbentuk lonjong, isinya lembut dan berwarna coklat gelap. Ada kalanya, ia kelihata agak kemerah-merahan.
Ia juga merupakan salah satu daripada enam jenis kurma merah kering yang popular.
Kurma Piarom
Kurma berwarna hitam kecoklatan ini sering disebut sebagai kurma separuh kering yang paling sedap.
Seperti kurma Rabbi, kurma Piarom juga dianggap separuh kering kerana kandungan kelembapannya yang kurang daripada 15%.
Kurma Piarom berbentuk bujur, kurus dan panjang serta mempunyai saiz yang agar besar berbanding kurma lain iaitu kira-kira 3 ke 5 cm.
Diharapkan info jenis kurma diatas ini dapat memberikan anda maklumat baru yang berguna
Sumber: 11 Jenis Kurma Yang Dijual di Malaysia (ecentral.my)