Jenis Lesen Memandu Malaysia Yang Perlu Anda Tahu

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai jenis lesen memandu malaysia yang perlu anda tahu seperti lori, kereta dan motor.

Artikel menarik lain: Semakan Nombor Plat Terkini JPJ Online 2021

Jenis Lesen Memandu

Berikut adalah jenis lesen memandu di Malaysia yang diambil dari laman Lesen2u.

Jenis Lesen Memandu Malaysia

Jenis lesen memandu Malaysia ditetapkan berdasarkan kepada tahap kelayakan pemandu serta kegunaan kenderaan. Pihak Jabatan Pengangkutan jalan (JPJ) telah mengeluarkan 4 jenis utama lesen memandu, antaranya Learner Driving License (LDL), Probactionary Driving License (PDL), Competent Driving License (CDL) dan Vocational Driving License (VDL).

Lesen Memandu Pelajar atau Learning Driving License (LDL)

Lesen LDL atau lebih dikenali sebagai lesen L membolehkan seseorang individu belajar memandu kenderaan mengikut kelas yang dikeluarkan seperti kelas B, B2, D dan E. Lesen L mestilah diperbaharui setiap 3 atau 6 bulan jika belum lulus ujian JPJ. Tempoh sah lesen L adalah 2 tahun bermula dari tarikh ia dikeluarkan. Sekiranya ianya tidak diperbaharui dalam masa 2 tahun selepas tamat tempoh, individu tersebut perlu mengulangi semula prosedur pelajaran memandu dari mula.

lesen ldl

Lesen Memandu Percubaan atau Probationary Driving License (PDL)

Lesen PDL ialah lesen memandu percubaan atau dikenali sebagai lesen P yang diberikan kepada pemandu baru yang lulus ujian JPJ dan tempoh sahlaku adalah 2 tahun. Lesen percubaan akan dinaiktaraf kepada lesen kompeten penuh selepas 2 tahun, dan tempoh selang selama setahun diberikan untuk menaiktaraf lesen sebelum pemegang lesen perlu mengulangi semula kesemua prosedur pelajaran memandu.

lesen pdl

Lesen Kompeten atau Competent Driving License (CDL)

Lesen CDL ialah lesen yang dinaiktaraf daripada lesen percubaan P setelah tamat tempoh percubaan selama 2 tahun. Pemegang lesen CDL tertakluk kepada sistem mata demerit 15 mata KEJARA sebelum lesen mereta digantung atau dibatalkan. Lesen memandu boleh diperbaharui setiap 1, 2, 3 atau 5 tahun. Tempoh selang selama tiga tahun diberikan untuk memperbaharui lesen sebelum pemegang lesen perlu mengulangi semula kesemua prosedur pelajaran memandu.

lesen memandu malaysia

Lesen Memandu Vokasional atau Vokasional Driving License (VDL)

Lesen VDL ialah lesen memandu komersial khas untuk pemandu kenderaan komersial seperti bas dan lori. Ianya dikeluarkan Bersama oleh Jabatan Pengangkutan jalan (JPJ) dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP). Lesen Vokasional terbahagi kepada lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV Van, PSV Teksi/E-hailing dan PSV Bas), Lesen Kenderaan barangan (GDL Kejur, GDL Bersendi) dan Lesen Konduktor.

lesen vdl

Sumber: Lesen2u