Jenis Jenis Panadol Yang Perlu Anda Tahu

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai jenis panadol untuk demam & jenis panadol untuk sakit kepala serta jenis jenis panadol lain yang perlu anda tahu.

Artikel berkaitan: Tips Mudah Cara Tingkatkan Metabolisme Badan

Jenis Panadol

Berikut adalah maklumat mengenai jenis panadol serta fungsi panadol dan kegunaan panadol yang perlu anda tahu yang dikongsikan oleh Sinar.

Jenis Jenis Panadol

i) Panadol Actifast (PCM 500mg, Sodium 173mg).

Fungsi sodium adalah mempercepatkan penyerapan PCM pada usus kecil.

Jadi, kita akan dapat merasakan kesannya dengan lebih cepat kerana kandungan sodium tinggi.

Namun, panadol jenis itu tidak sesuai untuk pesakit darah tinggi. Dos: 2 biji setiap 4 hingga 6 jam sehari.

ii) Panadol Optizorb (PCM 500mg).

PCM jenis itu mengandungi calcium carbonate, alginic acic dan crospovidone.

Hasilnya, ubat akan lebih cepat hancur di dalam badan dan PCM lebih mudah dan cepat diserap.

Kesannya dapat dirasai seawal 15 minit tau!

PCM jenis itu tidak mempunyai sodium, jadi ia sesuai untuk pesakit darah tinggi. Dos: 2 biji setiap 4 hingga 6 jam sehari.

iii) Panadol Extra (PCM 500mg, Caffeine 65mg).

PCM dan kafein digunakan untuk mengurangkan sakit yang teramat sangat.
Sesuai untuk masalah sakit kepala, migrain, sakit belakang, sakit gigi dan lain-lain.

Bagaimanapun, ia tidak sesuai untuk wanita hamil dan menyusukan anak kerana mempunyai kandungan kafein. Dos: 2 biji setiap 4 hingga 6 jam sehari.

iv) Panadol Soluble (PCM 500mg, Sodium 427mg).

Sesuai digunakan oleh pesakit yang sukar untuk menelan ubat jenis tablet.

Mudah sahaja, caranya, hanya larutkan ubat dalam satu gelas air.

Memandangkan PCM ini mempunyai kandungan sodium yang tinggi, ia tidak sesuai untuk penghidap darah tinggi. Dos: 2 biji setiap 4 hingga 6 jam sehari.

v) Panadol Menstrual (PCM 500mg, Pamabrom 25mg).

Ia digunakan untuk wanita yang mempunyai masalah senggugut ketika datang haid.

Ini kerana pamabrom mempunyai kesan diuresis yang boleh menyingkirkan lebihan air yang terkumpul disebabkan perubahan hormon semasa datang haid. Dos: 2 biji setiap 4 hingga 6 jam sehari.

vi) Panadol Extend (PCM 665mg).

PCM ini mempunyai dua lapisan bagi memanjangkan tempoh penyerapan ubat.

Kesan ubatnya akan lebih lama iaitu menjangkau lapan jam dan ia sesuai untuk pesakit kronik. Dos: 2 biji setiap 6 hingga 8 jam 3 kali sehari.

Sumber: Sinar