Punca Dan Cara Merawat Jerawat Yang Timbul Sebab Pakai Face Mask

Dengan keadaan norma baharu kini, kita diwajibkan untuk memakai face mask atau pelitup muka ketika berada di luar rumah atau di tempat kerja. Dengan keadaan cuaca panas di Malaysia, pemakaian pelitup muka yang terlalu lama boleh menjadi punca timbulnya jerawat di muka kita yang dipanggil ‘maskne’.

Harga Baru Face Mask Berkuatkuasa Mulai Awal Bulan Depan

jerawat muka

Untuk pengetahuan anda, ‘Maskne’ merupakan gabungan perkataan ‘mask’ dan ‘acne’. Dr. Isma Shida berkongsikan di Twitter beliau mengenai punca dan cara untuk elakkan jerawat dari timbul di muka selepas memakai pelitup muka.

jerawat face mask

Punca Jerawat Muncul Selepas Memakai Pelitup Muka

Menurut Dr. Irma Shida, ‘maskne’ akan muncul di bahagian muka yang tertutup oleh pelitup muka seperti pipi, hidung dan dagu. Lebih-lebih lagi orang yang mempunyai kulit sensitif, lebih mudah untuk muka mereka naik jerawat. Ianya berlaku disebabkan kulit kita terperangkap bersama bakteria di belakang pelitup muka.

Geseran antara kulit dengan pelitup muka akan mendorong bakteria terkumpul, sejurusnya menjadikan pertumbuhan jerawat.

Cara Mengelak Dan Merawat ‘Maskne’

Jadi, apakah cara terbaik untuk mengelak dan merawat ‘maskne’? Berikut adalah jawapannya.

Tukar Pelitup Muka Setiap 3-4 Jam

jerawat timbul

Pastikan anda sering menukar pelitup muka setiap 3-4 jam kerana bakteria yang berada di pelitup muka adalah salah satu punca jerawat di kulit muka anda.

Basuh Pelitup Muka

basuh pelitup muka jerawat timbul

Pelitup muka jenis kain wajib dibasuh setiap hari untuk menghapuskan bakteria yang terkumpul. ‘Maskne’ berpunca daripada kombinasi lembap, karbon dioksida dan udara suam daripada nafas kita yang menyebabkan bakteria berkumpul terutama yang mempunyai kulit sensitif.

Kurangkan Bersolek

kurangkan bersolek

Jika anda seorang yang gemarkan solek muka, dinasihatkan supaya kurangkan solek muka jika anda akan menghadapi seharian dengan memakai pelitup muka. Solek muka yang tebal boleh menjadikan pori-pori anda tersumbat disebabkan memakai pelitup muka.

Guna Produk Penjagaan Kulit Antibakteria

skincare

Oleh kerana bakteria adalah salah satu punca maskne, dinasihatkan supaya anda menggunakan produk penjagaan kulit yang mempunyai bahan antibakteria.

Guna Produk Melembutkan Kulit

Apabila kulit muka penuh dengan jerawat, anda perlu menggunakan produk yang mengandungi bahan untuk melembutkan kulit.

Sumber: Dr. Irma Shida, Oh Bulan