Dalam artikel ini kami akan kongsikan Panduan login e-pcb serta kalkulator pcb & jadual cukai 2024. cara daftar akaun e-pcb serta jadual cukai disertakan.
Menarik: e-Filing 2023 : Cara Daftar Cukai LHDN
Kalkulator PCB
Berikut adalah maklumat mengenai kalkulator pcb yang dikongsikan oleh https://ecentral.my/kalkulator-pcb/
Kalkulator PCB
Sistem untuk aplikasi kalkulator PCB yang disediakan menerusi laman web LHDN ini dibangunkan sejak 2009 bukan sahaja menjimatkan masa pembayar cukai malah pengiraan boleh dilakukan pada bila-bila masa.
Untuk membuat semakan menggunakan aplikasi ini, pembayar cukai hanya perlu memasukkan maklumat lengkap yang diminta sahaja.
Dengan menggunakan kalkulator PCB ini juga, pembayar cukai boleh mengetahui sama ada kadar PCB yang dibayar cukup untuk menampung jumlah cukai bagi taksiran bagi sesuatu tahun itu atau terdapat lebihan pemotongan bagi tahun itu.
Namun, sekiranya jumlah PCB yang dipotong oleh majikan lebih daripada yang sepatutunya, mereka boleh menuntut kembali jumlah potongan bulanan berbelebihan dengan menghantar borang cukai (BE).
Kalkulator PCB boleh diakses di pautan http://calcpcb.hasil.gov.my/
Daftar akaun e-PCB
Sistem e-PCB disediakan untuk kegunaan majikan yang tidak mempunyai sistem penggajian berkomputer untuk:
- menyimpan maklumat pekerja dan bayaran PCB/CP38
- mengira PCB pada setiap bulan
- memastikan PCB yang dikira betul dan tepat
- mengemukakan data bayaran PCB/CP38 secara dalam talian
Majikan yang ingin membuat bayaran PCB bagi pekerja perlulah mendaftar akaun EPCB terlebih dahulu.
Berikut merupakan langkah-langkah unuk mendaftarkan akaun EPCB bagi majikan:
- Layari laman sesawang https://mytax.hasil.gov.my seperti pada rajah di atas ini.
- Klik pada bahagian “e-PCB income tax”.
- Pengguna perlu klik pada bahagian “Pengguna Baru”.
- Kemudian, pengguna hendaklah mengisi butiran maklumat pendaftaran majikan dengan lengkap dan betul dan klik pada butang “Hantar”.
- Akhir sekali, pengguna akan menerima notifikasi pendaftaran pengguna telah berjaya.
Login akaun EPCB
Majikan yang sudah mendaftar akaun e-PCB boleh terus log masuk ke akaun mereka melalui langkah-langkah di bawah:
- Layari laman sesawang https://ekls.hasil.gov.my seperti pada Rajah di atas ini.
- Masukkan ID Pengguna dan kata laluan majikan sepertimana yang telah didaftarkan.
- Pengguna mestilah memasukkan kod keselamatan seperti yang dipaparkan.
- Akhir sekali, klik pada butang “Hantar”.
Mulai 1 Mac 2019, Jadual PCB yang dikeluarkan oleh HASiL adalah dalam bentuk elektronik iaitu e-Jadual PCB melalui e-CP39.
Sistem ini digunakan untuk menghantar data pekerja dan membuat bayaran tersebut secara atas talian.
Majikan perlulah terlebih dahulu mendaftarkan akaun di e-CP39:
- Layari laman web https://ecp39.hasil.gov.my
- Klik pada “Pendaftaran Kali Pertama”.
- Masukkan nombor rujukan majikan pada ruangan yang disediakan
- Klik pada butang “Semak”.
- Majikan perlu mengisi data maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul
- Klik pada butang “Hantar”.
- Notifikasi berkenaan pendaftaran tersebut telah berjaya akan dihantar menerusi emel majikan.
- Buka emel tersebut dan klik pada butang “Sahkan Alamat Emel” untuk mengesahkan pendaftaran ECP39.
- Akhir sekali, masukkan ID Pengguna dan kata laluan yang sah bagi mengaktifkan akaun ECP39.
Aplikasi mudah alih
Pihak LHDN juga telah membangunkan aplikasi Kalkulator PCB bagi peranti mudah alih anda.
Sumber: https://ecentral.my/kalkulator-pcb/