Dalam artikel ini kami akan kongsikan Info mengenai kata adjektif seperti jenis kata adjektif & contoh ayat kata adjektif.
Lain: Kata Nama Am & Kata Nama Khas (Maksud, Contoh Ayat)
Isi Kandungan
Tunjuk
Kata Adjektif
Berikut adalah maklumat mengenai kata adjektif yang dikongsikan oleh laman Kata Adjektif: Jenis & Contoh Ayat (studentportal.my)
Apa itu Kata Adjektif
Kata Adjektif atau juga dipanggil Kata Sifat ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda, orang, tempat dan sebagainya.
Kata ini juga boleh boleh disertai dengan kata penguat seperti “sangat”, “amat, dan “paling.”
Jenis Kata Adjektif
Kata Adjektif dibahagikan kepada 9 jenis iaitu:
- Sifat
- Warna
- Ukuran
- Bentuk
- Waktu
- Jarak
- Cara
- Perasaan
- Pancaindera
Contoh Kata Adjektif
Berikut adalah contoh ayat kata adjektif:
Jenis | Contoh | Contoh Ayat |
Sifat | Baik, cerdik, berani, lemah, kukuh, kemas, kasar, cantik, kuat | – Hamid merupakan seorang pelajar yang sangat cerdik. – Bunga Ros itu sangat cantik. |
Warna | Merah, jingga, ungu, putih, kuning langsat | – Baju raya Asyikin pada tahun ini berwarna ungu. – Warna kereta Cikgu Karim seperti kuning langsat. |
Ukuran | Pendek, panjang, tebal, nipis, dalam, besar, sebesar, panjang, nipis | -Galah di hadapan rumah Pak Abu cukup panjang. – Rumah di kawasan Sri Hartamas sangat besar. |
Bentuk | Bulat, bujur, leper, empat segi, lonjong. | – Bola yang dimainkan oleh adik itu berbentuk bujur. – Kuih yang dibeli di pasar malam tadi berbentuk empat segi. |
Waktu | Lama, lambat, lewat, segera, suntuk, lampau, lalu, silam. | -Hakim tiba ke sekolah hari ini terlalu lewat. -Masa untuk menyiapkan projek ini terlalu suntuk. |
Jarak | Dekat, hampir, jauh | -Kita sudah semakin hampir untuk sampai. -Jarak kedai makan dan sekolah sangat dekat. |
Cara | Selalu, jarang, kerap, lambat, deras, laju, jelas, muram, lincah | -Penilaian yang dibuat oleh Razman jarang tidak tepat. -Wajah yang terpancar di raut wajah Siti hari jelas kelihatan muram. |
Perasaan | Takut, seram, benci, rindu, marah, senang, gembira. | -Puan Kalsom sangat rindu akan anaknya yang sedang belajar di Amerika Syarikat -Halim sangat gembira apabila mengetahui beliau mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. |
Pancaindera | -Rasa: Sedap, lazat, manis, pahit, lemak, pedas, payau -Pandang: Buruk, hodoh, jelita, cantik -Dengar: Bising, senyap -Bau: Busuk, wangi, hangit, hapak -Sentuh: Kesat, kasar, lembab, halus, licin | -Nasi lemak yang dibeli tadi sangat lazat. -Aisyah sangat cantik apabila memakai baju kurung itu. -Kelas 4 Melati sangat bising tengah hari tadi. -Mayat yang dijumpai di tebing sungai sudah berbau busuk. -Jalan raya di sekitar Kuala Lumpur sangat licin apabila hujan lebat melanda. |
Sumber: Kata Adjektif: Jenis & Contoh Ayat (studentportal.my)