Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai kata nama am dan kata nama khas seperti maksud dan contoh terkini. maksud kata nama khas dan maksud kata nama am serta contoh ayat kata nama khas dan contoh ayat kata nama am turut disediakan.
Panduan bahasa melayu lain: Ayat Majmuk (Maksud, Jenis, Contoh Ayat Majmuk)
Kata Nama Am
Maksud Kata Nama Am
Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat, benda dan sebagainya.
Dengan kata lain perkataan nama am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.
Contoh Kata Nama Am
Contoh kata nama am adalah seperti budak, binatang, kereta, jam, hari dan sebagainya.
Kata Nama Khas
Maksud Kata Nama Khas
Kata nama khas pula ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.
Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang manakala benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.
Contoh Kata Nama Khas
Untuk contoh ayat kata nama khas dan senarai kata nama khas adalah seperti Ahmad, Aishah, Si Comel, Ah Meng, Toyota, Mazda, Swatch, Guess, Isnin, Rabu dan sebagainya.
Kata Nama Khas In English
Kata nama khas in english adalah proper nouns.
Kata Nama Am Dan Kata Nama Khas
Berikut di bawah ini adalah perbezaan kata nama am dan kata nama khas yang sesuai untuk pada pelajar kata nama am tahun 4 atau kata nama khas tahun 2.
Sumber: Dtuisyen