Kata Tunggal : Takrifan & Contoh

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Kata Tunggal : Takrifan, Bentuk & Contoh Perkataan

Lain: Kata Pemeri : Maksud & Contoh Ayat

Takrifan Kata Tunggal

Kata Tunggal ialah kata yang berdiri sendiri tanpa menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan pemajmukan.

Kata ini juga merujuk kepada bentuk kata akar atau kata dasar dan bentuk inilah yang mendirikan perkataan tersebut.

Bentuk Kata Tunggal

Terdapat beberapa bentuk kata ini yang melibatkan V-Vokal dan K-Konsonan:

i) Satu Suku Kata

Satu suku kata dalam bahasa melayu amat terhad dan ada antaranya merupakan kata pinjaman dari bahasa asing.

Contoh kata ini bagi satu suku kata adalah seperti berikut:

Suku KataContoh Perkataan
KVya, yu, ru
VKam
KVKtin, lap, bah, cap
KKVKdraf, krim, stor
KVKKzink, bank, golf
KKKVskru
KKKVKstraw, skrip

ii) Dua Suku Kata

Dua suku kata banyak terdapat di dalam Bahasa Melayu.

Antara pola kata ini bagi dua suku kata adalah seperti berikut:

Suku KataContoh Perkataan
V + KVibu, ini, apa
V + VKaur, ais, aib
V + KVKubat, acah, alat
VK + KVinti, undi, asli
VK + KVKanjung, uncang, akrab
KV + Vdua, tua, gua
KV + VKbiar, liat, buat
KV + KVlaga, bapa, saya
KV + KVKpulut, surut, karut
KVK + KVtangki, pintu, tunggu
KVK + KVKtunggal, lantai, santai

iii) Tiga Suku Kata

Sebahagian besar kata ini bagi tiga suku kata dalam bahasa melayu merupakan kata pinjaman.

Ini kecil bilangannya namun mempunyai pola susunan konsonan dan vokal yang pelbagai seperti contoh berikut:

Suku KataContoh Perkataan
KV + V + KVbuaya, niaga, biasa
KV + V + KVKziarah, siasat
V + KV+ Videa, usia
KV + KV + Vderia, mulia
KVK + KV + Vrahsia, rumbia
KV + KV + VKhaluan, sekian
KVK + KV + VKmanfaat, lengkuas
V + KV + KVazali, udara
V + KV + KVKibarat, akibat
VK + KV + KValmari, istana
KV + KV + KVseteru, budaya
KVK + KV + KVbestari, misteri
VK + KV + VKilmiah, ikhtiar
V + KV + VKakaun, amaun
KV + KV + KVKselaput, kelawar
KVK + KV + KVKmahkamah, sembilan
KV + KVK + KVterumbu, kelambu
KVK + KVK + KVsempurna
KV + KVK + KVKkelompok, pelantar

iv) Empat Suku Kata

Bentuk ini amat kecil bilangannya dan kebanyakannya adalah kata pinjaman.

Suku KataContoh Perkataan
KVK + KV + VK + KVbiduanda, keluarga
KV + KVK + KV + KVbijaksana, peristiwa
KVK + KV + KV + KVbendahari, sandiwara
KVK + KV + V + KVsentiasa
KV + KV + KV + KVsamudera, selesema
KV + KV + KV + KVKmuzakarah, kapitalis
KVK + KV + KV + KVKsentimeter
KVK + KVK + KV + KVdispensari, singgahsana
KV + KV + V + KVKmesyuarat, nasional
V + KV + KVK + KV + KVuniversiti
KVK + KV + KV + KV + KVKkosmopolitan
KV + KV + KV + KV + KV + KVmaharajalela

Diharapkan artikel kata tunggal di atas ini dapat memberikan anda maklumat baru yang berguna

Sumber: Kata Tunggal: Takrifan & Bentuk-Bentuknya