in

Ini Punca Kenapa Telinga Berdesing Dan Berdengung

kenapa telinga berdesing

Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan info mengenai punca kenapa telinga berdesing dan kenapa telinga berdengung sebelah kanan atau kenapa telinga berdengung sebelah kiri.

Tips kesihatan lain: Manfaat Bedak Sejuk Yang Perlu Anda Tahu

Kenapa Telinga Berdesing

Setiap orang mesti pernah mengalami situasi di mana telinga berdesing atau tertanya tanya kenapa telinga berdengung.

Situatsi ini dikenali sebagai tinnitus bukanlah simptom penyakit berbahaya. Ini kerana ia biasa terjadi untuk tempoh masa yang sekejap sahaja dan boleh pulih dengan sendirinya seiring perjalanan waktu.

Penting untuk anda ketahui punca telinga berdesing sebelah kiri atau kanan.

Kenapa Telinga Berdengung

Berikut adalah punca kenapa telinga berdengung sebelah kanan atau kenapa telinga berdengung sebelah kiri.

Jangkitan Dalam Telinga

Jangkitan yang dinamakan sebagai ‘otitis media’ ini mungkin boleh menyebabkan telinga berdesing namun ia adalah sangat jarang berlaku.

Disebabkan oleh kuman, jangkitan ini juga akan menyebabkan telinga tersumbat serta gegendang telinga pecah yang memerlukan rawatan lanjutan.

Terdedah Kepada Bunyi Yang Amat Kuat

Ini juga mungkin terjadi kepada mereka yang suka gunakan earphone atau headphone dengan volume yang kuat dan dalam tempoh yang lama.

Selain itu, mereka yang bekerja dalam sektor buruh juga berisiko terdedah kepada bunyi kuat berterusan atau berpanjangan pada telinga.

Penyakit Presbycusis

Presbycusis merupakan istilah perubatan yang menerangkan kehilangan pendengaran frekuensi tinggi yang selalu dialami orang tua.

Gejala yang turut melibatkan telinga berdengung ini berlaku disebabkan oleh gegendang telinga yang terjejas akibat penuaan.

Kecederaan Pada Kepala Atau Tengkuk

Untuk pengetahuan anda, struktur dalaman telinga sangat sensitif pada perubahan drastik posisi kepala mahupun tengkuk.

Sekiranya kepala atau tengkuk terhentak atau tercedera, sistem pendengaran juga mungkin boleh terjejas lantas menyebabkan tinnitus.

Kesan Dari Ubat Tertentu

Terdapat juga beberapa ubat yang boleh menjadi punca telinga berdengung seperti gentamicin, aspirin dan anti malaria.

Oleh itu, penting untuk anda dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sekiranya perlu mengambil ubatan di atas ini.

Ketumbuhan

Ada ketumbuhan bernama Schwannoma Vestibular yang berasal dan terbentuk pada bahagian urat saraf telinga vestibular.

Ketumbuhan ini seterusnya akan menyebabkan gejala seperti tinnitus, pening kepala, kebas muka, badan tidak seimbang serta pekak.

Masalah Salur Darah

Aliran darah yang tidak selari di dalam salur darah arteri atau vena berdekatan dengan telinga boleh menyebabkan telinga menjadi berdesing.

Tahi Telinga Mengeras Dan Tersumbat

Masalah ini juga mungkin berpunca dari tahi telinga yang mengeras lalu tersumbat dalam telinga anda. Anda perlulah kerap membersihkan telinga dengan cara betul.

Sumber: Hellodoktor