Elak Buat 5 Perkara Ini Sebelum Guna Kit Ujian Air Liur

Tahukah anda bahawa saringan Covid 19 menggunakan kit ujian air liur sebenarnya sensitif, pantas dan mampu dilakukan dengan mudah, tetapi ianya bergantung kepada kualiti sampel ujian air liur dan teknik yang digunakan. Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan 5 perkara yang dilarang buat 1 jam sebelum ujian air liur Covid 19 dilakukan.

Tips lain: Cara Renew Lesen Memandu Online 2021 Guna MyEG

kit ujian air liur

5 Perkara Dilarang 1 Jam Sebelum Guna Kit Ujian Air Liur Covid 19

Elak lakukan 5 perkara ini dalam tempoh 1 jam sebelum menjalani ujian saliva Covid-19.

  1. Jangan makan / kunyah gula getah
  2. Jangan minum
  3. Jangan merokok
  4. Jangan menghisap vape
  5. Jangan memberus gigi

Kenapa? Ia boleh menyebabkan sampel air liur yang diuji tidak berkualiti. Ini adalah sebab paling kerap sampel air liur ditolak oleh makmal:

  • Air liur bercampur dengan bahan asing lain
  • Air liur terlalu sedikit (di bawah 1.0 mL)
  • Perubahan warna akibat sisa minuman/ makanan (sepatutnya jernih)
  • Gumpalan makanan, lendir atau sisa lain
  • Berbuih buih, sisa ubat gigi
ujian saringan air liur

Cara Menjalankan Ujian Air Liur Covid-19

Di bawah ini adalah panduan 6 langkah mudah mengenai cara penggunaan RTK Antigen Saliva Test Kit.

kit ujian air liur

Sumber: Harianpost