KL Lockdown 2025 (23-28 Okt) – Senarai Jalan Ditutup & Laluan Alternatif

Tahukah anda, pusat bandar raya Kuala Lumpur akan melalui KL Lockdown sepenuhnya bermula 23 hingga 28 Oktober 2025 bersempena dengan Sidang Kemuncak ASEAN yang ke-47 dimana menghimpunkan pemimpin tertinggi seluruh dunia.

Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN 2025, dan langkah keselamatan besar-besaran dilaksanakan bagi memastikan kelancaran acara antarabangsa ini.

Penutupan Pusat Bandar & Jalan Utama

Sepanjang KL Lockdown ini, pusat bandar Kuala Lumpur akan ditutup sepenuhnya.
Beberapa jalan utama di kawasan KLCC dan sekitarnya akan ditutup secara berperingkat antara 30 hingga 45 minit bagi memberi laluan kepada konvoi rasmi pemimpin dunia.

Antara jalan yang terlibat termasuk:

  • Jalan Ampang
  • Jalan Sultan Ismail
  • Jalan P. Ramlee
  • Jalan Pinang
  • Jalan Binjai
  • Jalan Tun Razak
  • Jalan Parlimen
  • Jalan Bukit Bintang
  • Jalan Imbi
  • Jalan Damansara
  • Jalan Istana
  • Jalan Kuching
  • Jalan Perak

Turut dijangka terkesan ialah simpang strategik seperti Jalan Ampang–Jalan P. Ramlee, Jalan Perak–Jalan Pinang, dan Jalan Stonor–Persiaran KLCC. Sepanjang tempoh ini, kenderaan berat tidak dibenarkan memasuki pusat bandar.

Penutupan Lebuh Raya dan Laluan KLIA–Subang

KL Lockdown turut melibatkan sekatan sementara di beberapa lebuh raya utama dan laluan lapangan terbang, antaranya:

  • MEX (Sg Besi – Jalan Duta)
  • PLUS (Sg Buloh – Jalan Duta)
  • ELITE (KLIA – Putrajaya)
  • NKVE (Subang – Jalan Duta)
  • Guthrie Corridor Expressway
  • KL–Seremban (Sg Besi – Pusat Bandar)

Bagi laluan udara, laluan dari KLIA dan Subang ke pusat bandar turut terjejas dengan sekatan di Lebuhraya Lingkaran Putrajaya dan Lebuhraya KLIA.

kl lockdown 2025
kl lockdown 2025

Panduan Sekolah dan Penjawat Awam

Bagi mengurangkan kesesakan semasa KL Lockdown, kerajaan telah menetapkan beberapa langkah tambahan:

  • 70 sekolah di Kuala Lumpur akan beralih kepada kelas dalam talian.
  • Penjawat awam dalam radius 25 kilometer dari pusat bandar diarahkan untuk bekerja dari rumah (BDR) sepanjang sidang kemuncak berlangsung.

Langkah ini dijangka membantu mengurangkan beban trafik serta memudahkan urusan keselamatan di sekitar ibu negara.

Nasihat Kepada Orang Ramai

Sepanjang tempoh KL Lockdown, orang ramai dinasihatkan:

  • Mengelakkan perjalanan ke pusat bandar Kuala Lumpur.
  • Menggunakan pengangkutan awam seperti MRT, LRT, monorel, dan bas.
  • Mengikut arahan trafik semasa daripada pihak berkuasa bagi mengelak kesesakan.

Pihak berkuasa turut meminta pengguna jalan raya memantau pengumuman rasmi PDRM dan RTM bagi kemas kini terkini mengenai sekatan dan laluan alternatif.