Kos Haji 2024 & Bantuan Kewangan TH B40, M40 dan T20

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai kos haji 2024 yang dikongsikan oleh artikel asal di laman Kos Haji 2024 & Bantuan Kewangan TH Untuk B40, M40 dan T20 (ecentral.my)

Lain: Cara Daftar Haji Guna KWSP Secara Percuma

Pengumuman Kos Haji 2024 & Surat Tawaran Haji

Berikut adalah maklumat penting mengenai pengumuman kos haji 2024 oleh pihak Tabung Haji:

1. Kos Haji tahun ini adalah RM33,300. Meningkat 11% (RM2,500) dari tahun lepas.

2. Bayaran Harga Haji Muassasah

  • B40 (first time pergi haji) : RM12,356
  • M40 : RM14,148
  • T20 : full RM33,300

Kerajaan tanggung RM1000 seorang untuk B40. Manakala TH tanggung baki kos haji bagi B40 dan M40.

  • Bantuan Haji B40 : RM20,944 (63% dari kos haji)
  • Bantuan Haji M40 : RM19,152 (42% dari kos haji)

3. Jemaah yang dapat tawaran haji perlu jawab surat tawaran segera melalui Aplikasi THiJARI, sebelum Rayuan dibuka.

4. Kos Rayuan Haji luar giliran?

Jemaah yang MERAYU perlu bayar full kos haji RM33,300.

Kecuali:

  • Rayuan Mahram
  • Rayuan Pembantu Jemaah Usia Lanjut
  • Rayuan bawa jemaah OKU

5. RAYUAN HAJI 2024 akan dibuka pada 26/1/2024 secara ONLINE

6. Panggilan Haji tahun 2024 ini akan utamakan bakal haji yang masih lagi berbaki (Covid) sehingga tahun 2023 dan sebahagian giliran haji 2024.

7. TH maklumkan ada 4 juta pendeposit TH dan yang telah berdaftar untuk tunaikan haji yang masih menunggu giliran haji.

Buku Panduan Haji 2024

panduan haji 2024

Anda boleh dapatkan buku panduan haji dan umrah 2024 jenis bertali dan mudah dibawa di sini.

Semakan Surat Tawaran Haji 2024 / Rayuan

Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengeluarkan surat tawaran haji bagi tahun 2024 secara berperingkat mulai Jumaat, 19 Januari 2024.

Rayuan Haji 2024

RAYUAN HAJI 2024 akan dibuka pada 26 Januari 2024 secara ONLINE melalui THIJARI.

Kos Bayaran Haji & Bantuan Kewangan Haji TH

BAYARAN / KOS HAJI TH BAGI TAHUN 1445H / 2024 M

  • Kos haji seorang bakal haji Muassasah untuk musim haji tahun 2024 ini meningkat kepada RM33,300 berbanding RM30,850 tahun 2023
  • Surat tawaran haji kepada 31,600 bakal jemaah tahun ini, akan mula dikeluarkan pada 19 Januari 2024.
  • Kadar bayaran haji untuk seorang bakal haji Muassasah kumpulan B40 yang pertama kali tunaikan ibadah itu ditetapkan pada RM12,356 manakala RM19,152 bagi kumpulan M40
  • Kerajaan akan tanggung RM1,000 bagi seorang bakal haji kumpulan B40
kos haji 2024
kos haji 2024
kos haji 2024

Sumber: Kos Haji 2024 & Bantuan Kewangan TH Untuk B40, M40 dan T20 (ecentral.my)