Senarai Makanan Berpantang & Makanan Tidak Boleh Diambil

Dalam artikel ini kami akan kongsikan senarai makanan pantang atau makanan orang berpantang serta menu berpantang 44 hari untuk ibu berpantang bersalin.

Artikel berkaitan: Doa Mudah Bersalin Untuk Ibu Mengandung

Makanan Berpantang

Berikut adalah makanan ibu berpantang atau makanan pantang bersalin yang dikongsikan oleh artikel asal di Hello Doktor.

Tempoh Berpantang

Setiap wanita yang melalui proses melahirkan anak, akan menempuhi satu tempoh yang dinamakan tempoh berpantang. Sebagai contoh, bagi wanita Melayu, tempoh berpantang adalah selama 40 hingga 55 hari, manakala bagi wanita Cina dan India pula adalah selama 30 hari.

Sepanjang tempoh berpantang ini, setiap individu wanita yang baru bersalin perlu mengelakkan daripada mengambil sesetengah jenis makanan yang dikatakan panas, berangin, sejuk ataupun tajam.

Keadaan ini kerana ia dikhuatiri boleh menjejaskan luka bersalin serta kesihatan dalaman wanita. Hakikatnya, ia adalah lebih kepada kepercayaan yang diwarisi sejak zaman dahulu dalam masyarakat Melayu.

Walau bagaimanapun dari sudut perubatan moden, kepercayaan ini dianggap tidak tepat kerana tidak terdapat bukti ataupun kajian saintifik yang menunjukkan terdapat jenis-jenis makanan yang boleh mendatangkan bahaya kepada ibu.

Pada dasarnya berpantang ini adalah untuk memberikan makanan berkhasiat kepada ibu untuk mengembalikan tenaga dan tahap kesihatan secara keseluruhan. Walau apa pun, ia adalah hak anda sama ada ingin mengikuti pantang larang tersebut atau tidak.

Makanan Pantang

Sebelum kita pergi kepada senarai makanan ketika berpantang selepas bersalin yang boleh anda cuba, apa kata kita ketahui terlebih dahulu mengenai jenis makanan yang boleh dimakan ketika tempoh pantang dan juga jenis makanan yang tidak boleh dimakan semasa berpantang.

Makanan boleh dimakan

Ayam dan daging

  • Ayam biasa
  • Burung puyuh
  • Merpati
  • Ayam hitam
  • Ayam didik
  • Ayam selasih
  • Ayam kampung
  • Daging batang pinang
  • Daging kurang lemak
  • Daging kambing

Ikan

  • Haruan
  • Yu
  • Selar
  • Gelama
  • Jenahak
  • Merah
  • Tenggiri
  • Kurau
  • Bawal putih
  • Senangin
  • Bilis
  • Salmon
  • Siakap

Ulam-ulaman

  • Halia
  • Serai
  • Lengkuas
  • Pegaga
  • Mengkudu
  • Ulam raja
  • Jantung pisang
  • Daun ubi cekur
  • Bunga kantan
  • Kunyit hidup
  • Daun kaduk
  • Daun kesum
  • Pudina
  • Kari

Sayur-sayuran

  • Ubi kentang
  • Peria
  • Sawi
  • Lobak merah
  • Lobak putih
  • Brokoli
  • Bayam
  • Kubis bunga

Buah-buahan

  • Anggur
  • Kurma
  • Oren
  • Epal merah
  • Strawberi
  • Pic
  • Prun
  • Kismis
  • Longan cina
  • Beri biru
  • Walnut

Makanan lain

  • Biskut
  • Roti
  • Nestum
  • Oat
  • Cornflakes
  • Masakan panggang, rebus, kukus dan bakar

Air

  • Air suam
  • Pati kunyit
  • Jus pegaga
  • Air halia
  • Kopi
  • Manjakani
  • Halia kurma
  • Madu
  • Air coklat
  • Minuman malt seperti Horlicks

Untuk memudahkan anda, terdapat beberapa senarai herba atau rempah yang boleh anda sediakan dalam jumlah yang banyak. Ini kerana ia merupakan antara bahan yang akan digunakan setiap hari dalam menu masakan berpantang, antaranya:

  • Lada hitam
  • Lada putih
  • Biji halba
  • Kayu manis
  • Cengkih
  • Biji ketumbar
  • Biji sawi
  • Jintan putih
  • Jintan manis

Makanan tidak boleh dimakan

Ayam dan daging

  • Kurangkan pengambilan ayam dan daging pada bahagian berlemak

Ikan

  • Ikan kering
  • Ikan masin
  • Keli
  • Bawal hitam
  • Terubuk
  • Duri
  • Pari
  • Sembilang
  • Parang
  • Kembung
  • Tamban
  • Cencaru
  • Tongkol
  • Udang
  • Ketam
  • Kerang (paling tidak boleh dimakan)

Sayur-sayuran

  • Ubi kayu
  • Kangkung
  • Petola
  • Terung
  • Timun
  • Tomato
  • Kubis
  • Saderi
  • Sayur keladi
  • Pucuk ubi
  • Kacang panjang
  • Labu
  • Kacang botol
  • Petai
  • Jering
  • Cili padi
  • Asam keping

Buah-buahan

  • Nanas
  • Limau
  • Lai
  • Tembikai
  • Kiwi
  • Epal hijau
  • Pir
  • Pisang
  • Jambu
  • Belimbing
  • Durian
  • Mangga
  • Betik
  • Ciku
  • Langsat
  • Nangka
  • Cempedak
  • Ubi kayu
  • Sengkuang
  • Manggis
  • Kuinin

Makanan lain

  • Tempe
  • Produk makanan daging yang diproses
  • Bihun
  • Mee
  • Kuey teow
  • Laksa
  • Makanan berminyak

Air

  • Air berais
  • Air sejuk
  • Minuman bergas/ berkarbonat
  • Tebu
  • Cincau
  • Kelapa muda
  • Jus buah
  • Cuka buah

Sumber: Hello Doktor