Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Makanan Indonesia popular, menarik, unik & wajib dicuba setiap kali ke sana.
Lain: Makanan Thailand Sedap & Popular
Makanan Indonesia
Berikut adalah makanan Indonesia viral & menarik yang boleh anda cuba:
Ketoprak
Ketoprak diperbuat daripada gabungan beberapa bahan seperti tauhu goreng, ketupat, bihun, tauge dan sos kacang.
Untuk rasa rangup, ketoprak juga sering dinikmati bersama keropok udang.
Bika Ambon
Kuih tradisional yang berasal dari Sumatera Utara ini banyak dijual di sekitar Medan. Ia juga sering menjadi pilihan pelancong untuk dijadikan ole-ole.
Empek-Empek
Empek-empek atau pempek pula merupakan makanan khas dari daerah Palembang dan diperbuat daripada tepung kanji dan pilihan isi daging atau ikan.
Makanan Indonesia : Sate Lilit
Sate Lilit dibuat dengan menggumpal daging pada batang serai. Sate ini juga tidak dihidang bersama kuah kacang kerana adunan daging itu sudah pun cukup berperisa.
Nasi Liwet
Nasi liwet adalah nasi yang dimasak dengan santan. Ia disajikan dengan lauk seperti isi ayam carik, areh dan sayur labu siam.
Diharapkan makanan indonesia di atas ini dapat memberikan anda maklumat yang baru.
Sumber: 10 Makanan Indonesia Yang Serba Unik dan Wajib Dicuba (ecentral.my)