Senarai Makanan Tradisional Johor

Dalam artikel ini kami akan kongsikan Info makanan tradisional negeri johor & makanan tradisi johor yang perlu anda tahu

Lain: Koleksi Makanan Tradisional Melayu Popular Di Malaysia

Makanan Tradisional Negeri Johor

Berikut adalah info mengenai makanan tradisional johor yang dikongsikan oleh artikel asal di laman sejarah johor: MAKANAN TRADISIONAL JOHOR (nasibujang106.blogspot.com)

Apa itu Makanan Tradisional

Menurut laman perutkekenyangan.blogspot.com, Makanan Tradisional adalah makanan yang biasa didapati oleh masyarakat, dengan citarasa khas yang diterima oleh masyarakat tersebut.

Makanan Tradisional Johor

Laksa Johor

Laksa Johor sering disebut-sebut sebagai makanan tradisi sekaligus menjadi makanan identiti bagi Negeri  Johor. Kuahnya pekat berasaskan isi ikan yang dimasak bersama rempah ratus, santan, kerisik dan lain-lain. Ia berbeza dengan laksa Penang kerana dihidang bersama spaghetti, campuran taugeh mentah, bawang mentah, hirisan bunga kantan mentah, daun kesum, daun selasih, timun, lobak masin dan sambal belacan yang menjadikan laksa Johor suatu hidangan yang rumit untuk disediakan

makanan tradisional johor

Mee Bandung

Perkataan Bandung dari Mee Bandung itu membawa maksud aneka bahan yang dicampurkan dari pelbagai rencah. Mee Bandung ini berasal dari Muar.

makanan tradisional johor

Mee Rebus

Kuah mee rebus Johor dicampur dengan pelbagai ramuan seperti ubi keledek atau kentang, udang, rempah ratus, air rebusan dan lain-lain. Semua ramuan ini dimasak untuk menghasilkan kuah sederhana pekat dan dihidangkan bersama mee, taugeh, telur rebus, daun bawang, bawang goreng, tauhu dan keropok.

makanan tradisional johor

Soto

Selain dimasak untuk majlis-majlis tak kiralah untuk majlis ape pun, ia juga sering dimasak untuk dijadikan sebagai sarapan pagi. Soto ini akan jadi lebih sedap kalau dihidangkan bersama-sama dengan bergedil daging.

Nasi Ambeng

Makanan Johor banyak dipengaruhi dengan cara masakan jawa seperti nasi ambeng, lontong dan juga ungkep. Keunikan nasi ambeng adalah dari segi cara ianya dihidangkan. Biasanya ia dihidang di dalam talam untuk dimakan bersama empat orang. Nasi ambeng biasanya di hidang bersama mee goreng, ayam ataupun ikan, sambal goreng, serunding kelapa, sayur goreng campur dan juga ikan kering.

makanan tradisional johor

Sumber: sejarah johor: MAKANAN TRADISIONAL JOHOR (nasibujang106.blogspot.com)