Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Maksud Healing & cara lakukannya yang dikongsikan oleh artikel asal di laman Maksud Healing & Cara Untuk Healing (ecentral.my)
Lain: POV : Maksud & Cara Digunakan
Maksud Healing
Perkataan healing ialah perkataan dalam bahasa Inggeris yang bermaksud sembuh atau penyembuhan.
Menurut kamus Cambridge, healing bermaksud proses menjadikan seseorang kembali sihat, terutamanya setelah luka atau cedera yang lainnya.
Menurut kamus Macmillan, healing pula membawa maksud proses menjadi sihat kembali atau pulih dari pengalaman yang tidak menyenangkan
Secara umumnya, perkataan ini membawa maksud menenangkan diri daripada isu-isu membelengu diri.
Cara Untuk Healing
Terdapat beberapa cara healing yang boleh digunakan untuk healing antaranya:
i) Yoga
Yoga adalah salah satu senaman yang menghubungkan tubuh badan kita, penafasan, dan minda.
Yoga mempunyai cara – cara khas yang perlu diketahui supaya kaedah yang kita dibuat tepat.
Menerusi kaedah Yoga yang tepat, ianya dapat membantu kita healing dan berasa tenang.
ii) Terapi Mendengar
Salah satu cara lain untuk healing adalah dengan mencari seseorang yang boleh mendengar masalah anda.
Ini akan melegakan anda yang menanggung beban masalah untuk berasa lebih tenang dan lega.
iii) Mencari Tuhan
Healing juga boleh dilakukan dengan melakukan aktiviti atau ibadat yang bertujuan untuk mencari Tuhan.
Antara yang boleh dilakukan adalah berzikir, membaca Al-Quran, atau melakukkan ibadah solat yang boleh mendekatkan diri dengan Tuhan.
iv) Senaman dan Kesihatan Fizikal
Anda juga boleh melakukan aktiviti senaman dan kesihatan fizikal untuk healing seperti mendaki, senaman, atau sebagainya.
Ini membantu meningkatkan kesihatan fizikal dan emosi yang mampu mengurangkan tekanan seseorang.
v) Aktiviti Rekreasi
Aktiviti rekreasi seperti bercuti, berjalan-jalan, melukis, menulis, dan membuat kraftangan adalah salah satu cara untuk healing yang boleh dilakukan.
Ini dapat membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan kesejahteraan mental seseorang.
vi) Kaunseling
Individu yang ingin healing juga boleh mencari bantuan daripada pakar psikologi atau kaunselor untuk menangani masalah mental, emosi, dan sosial.
Sumber: Maksud Healing & Cara Untuk Healing (ecentral.my)