Mesti ramai dikalangan anda yang merasa mengantuk selepas makan, lebih-lebih lagi apabila makan tengah hari. Adakah ini normal ataupun ada kaitan dengan masalah kesihatan? Jawapannya adalah boleh jadi normal dan tidak normal. Dalam artikel ini kami akan kongsikan beberapa sebab mengapa mengantuk selepas makan.
Tips Kesihatan Lain: Petua Hilang Sakit Kepala
Mengantuk Selepas Makan
Berikut adalah beberapa info yang diberikan oleh Doktor Samhan menerusi akaun Twitter peribadinya.
Tindakbalas Sistem Pencernaan
Selepas makan, sistem pencernaan memecahkan nutrien dari makanan untuk mengubahnya menjadi glukosa yang kemudiannya menjadi tenaga. Tubuh akan melepaskan hormon seperti amylin, glucagon dan cholecystokinin (CCK).
Hormon ini meningkatkan paras gula dalam darah, mewujudkan rasa kenyang dan menghasilkan insulin yang akan disalurkan melalui tisu sel dan memberi tenaga kepada mereka. Pada masa yang sama, otak mengeluarkan serotonin yang menyebabkan rasa mengantuk.
Makanan Menyebabkan Rasa Mengantuk
Makanan yang tinggi karbohidrat (seperti nasi) dan makanan yang kaya dengan protein, seperti daging, ayam, telur, ikan, bayam, keju kacang soya, mngandungi asid amino tryptophan. Asid amino ini digunakan oleh badan untuk menghasilkan serotonin, yang bertanggungjawab menyebabkan kita mengantuk!
Tabiat Tidur
Corak tidur yang tidak teratur juga boleh menyebabkan rasa mengantuk selepas makan. Selepas makan, badan berasa kenyang dan rileks, menjadikan tubuh terasa seperti sedang berehat, menyebabkan rasa mengantuk, terutama jika tidur anda tidak berkualiti pada malam sebelumnya.
Tahap Kesihatan
Sekiranya anda sering berasa mengantuk, mungkin ia adalah tanda-tanda penyakit seperti penyakit Celiac, Anemia, Food intolerance, Alahan, Sleep Apnea, atau masalah kelenjar tiroid yang tidak aktif. Rujuk doktor anda jika anda mengalami keadaan ini berterusan.
Sumber: Doktor Samhan