Biodata Aminuddin Harun (Menteri Besar Negeri Sembilan)

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Biodata Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun serta latar belakang beliau.

Lain: Biodata Ahmad Samsuri Mokhtar (Menteri Besar Terengganu)

Biodata Menteri Besar Negeri Sembilan

Berikut adalah info mengenai biodata menteri besar negeri sembilan yang dikongsikan oleh laman Biodata Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan & Exco (ecentral.my)

Biodata Aminuddin Harun

menteri besar negeri sembilan

Laterbelakang

Aminuddin telah dilahirkan pada 2 Jan 1967 di Kampung Pachitan, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Beliau telah menerima pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah, Port Dickson sebelum melanjutkan pelajaran di Institut Teknologi Mara (sekarang UiTM) dalam bidang perniagaan.

Beliau kemudiannya bertugas sebagai pegawai penyiasat Badan Pencegah Rasuah dari 1991 hingga 1995.

Pada 1995, beliau menyertai syarikat Golden Hope Furniture Sdn Bhd sebagai ketua pengurusan pengeluaran dan kemudian di MCIS Safety Glass (M) Sdn Bhd sebagai Eksekutif Senior dari 1996 sehingga 2008 sebagai ketua bahagian jualan, jawatankuasa pengurusan, panel siasatan dalaman dan auditor ISO/TS 16949:2002.

Beliau Aminuddin telah berkahwin dengan Wan Hasni Wan Yusof dan memiliki lima orang anak, iaitu tiga orang lelaki dan dua orang perempuan.

Kerjaya Politik

Sebelum menyertai PKR pada 1999, Aminuddin merupakan anggota UMNO dan pernah menjadi setiausaha UMNO Cawangan Kampung Pachitan (1995-1998) serta Setiausaha Pemuda UMNO DUN Jimah (1997-1998).

Aminuddin ialah penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat sejak tahun 2008.

Kemudian, beliau menganggotai Majlis Pimpinan Pusat PKR sejak 2014 dan turut aktif dalam badan bukan kerajaan seperti Persatuan Wadah Pencerdasan Umat (Wadah) dan Angkatan Belia Islam Malaysia.

Berikutan kemenangan Pakatan Harapan di Negeri Sembilan pada Pilihan raya umum Malaysia 2018, beliau telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan pada 12 Mei 2018.

Pada 19 Disember 2022, beliau telah dilantik menjadi Ahli Parlimen Port Dickson menggantikan YAB Dato Seri Anwar Ibrahim yang telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Barisan Exco Negeri Sembilan

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, bidang tugas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) negeri, Negeri Sembilan yang dilantik akan diselaraskan semula agar selari dengan tugas di peringkat kerajaan Persekutuan.

Sumber: Biodata Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan & Exco (ecentral.my)