Biodata Siti Saleha, Pelakon Popular

Siti Saleha atau nama penuhnya Siti Saleha Binti Mohd Baharom merupakan seorang pelakon. Berikut adalah info penuh mengenai biodata siti saleha, siti saleha biodata, biografi siti saleha dan fakta menarik siti saleha.

Biodata lain: Biodata Mira Filzah, Pengacara & Pelakon Popular

Biodata Siti Saleha

Berikut adalah siti saleha biodata

  1. Nama penuhnya, Siti Saleha binti Mohd Baharom. Dikenali sebagai Siti Saleha.
  2. Lahir di Basildon, England pada 14 Mac 1990.
  3. Berwarganegara Malaysia-British.
  4. Berusia 29 tahun.
  5. Berketinggian 168 sentimeter.

Fakta Menarik Siti Saleha

  1. Anak kepada pasangan Mohd Baharom Abd Rahman (bapa) dan Tracey Johnson atau nama melayunya, Aishah Rahman (ibu).
  2. Abangnya, Shamsul Annuar Mohd Baharom atau Sam merupakan vokalis kumpulan Bunkface.
  3. Anak ketiga daripada empat beradik.
  4. Membesar di Klang, Selangor.
  5. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur, Malaysia.
  6. Memulakan karier seni dalam bidang peragaan dan komersial seawal usia 12 tahun.
  7. Antara drama dibintanginya seperti 5 Jingga, Awan Dania musim kedua, Nora Elena, 7 Hari Mencintaiku dan Mandatori.
  8. Juga telefilem Puaka Topeng Putih, Bersalji di Kuala Lumpur, Semadikan Aku, Cinta Paling Agung, Memori Pajeri Nenas dan banyak lagi.
  9. Pembabitannya di layar perak, antaranya menerusi filem Kerat 14, KL Zombi, Mamak Cupcake, Terbaik Dari Langit dan Langit Cinta.
  10. Bakal muncul dalam filem Proksi dan Rajawali: Aku Abang Long yang ketika ini masih dalam proses pembikinan.
  11. Penglibatannya dalam dunia teater menerusi pementasan Stage Therapy, AsramaRaAllStars dan Zombi La La La.
  12. Pemegang trofi Pelakon TV Wanita Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27, Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-28, Pasangan Pilihan (bersama Shukri Yahaya menerusi drama 7 Hari Mencintaiku) di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017 dan Pelakon Wanita Telenovela Terbaik di Anugerah Telenovela 2018.
  13. Mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Lutfi Azhar yang juga merupakan seorang pegawai kerajaan pada 28 Julai 2017 selepas mengikat tali pertunangan pada 26 November 2016.

Sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Siti_Saleha