Biodata Mira Filzah, Pengacara & Pelakon Popular

Mira Filzah, atau nama penuh Mira Filzah iaitu Nur Amirah Filzah Binti Badioezaman. Mira Filzah merupakan seorang pelakon, hos, model, usahawan dan penyanyi popular. Berikut adalah info penuh mengenai biodata Mira Filzah atau Nur Amirah Filzah, Mira Filzah biodata, biografi Mira Filzah, dan fakta menarik Mira Filzah.

Biodata lain: Biodata Khairul Aming, Instafamous Selebriti Masakan

Biodata Mira Filzah

Berikut adalah biodata Nur Amirah Filzah atau Mira Filzah biografi untuk panduan anda:

Nama penuh Mira Filzah : Nur Amirah Filzah binti Badioezaman

Nama popular : Mira Filzah

Tarikh lahir Mira Filzah : 2 April 1993

Umur Mira Filzah : 28 tahun

Tempat lahir Mira Filzah : Ipoh, Perak

Pendidikan Mira Filzah : Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam

Pekerjaan : Pelakon, hos, model, usahawan dan penyanyi

Media sosial : Instagram @mfmirafilzah

Fakta Menarik Mira Filzah

  1. Pernah bersekolah di SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.
  2. Mula melibatkan diri dalam dunia peragaan ketika berusia 17 tahun, kemudiannya berjinak-jinak menceburi dunia lakonan.
  3. Penampilan sulung Mira sebagai aktres adalah menerusi drama Dunia Lola, memainkan peranan sebagai watak utama iaitu ‘Lola’. Dunia Lola merupakan drama televisyen hijabista yang diterbitkan hasil kerjasama bersama Syampu Sunsilk.
  4. Kemudiannya, Mira menyepikan diri seketika selama 2 tahun daripada dunia seni bagi memberi tumpuan penuh kepada pengajiannya di Universiti Teknologi Mara dalam jurusan Perniagaan Antarabangsa.
  5. Namun rezeki berpihak kepada beliau apabila mendapat tawaran untuk membintangi drama Eksperimen Cinta yang ditunjangi gandingan Izreen Azminda dan Fahrin Ahmad. Mira yang memegang peranan watak pembantu iaitu ‘Suraya’ ketika itu ternyata mendapat perhatian ramai.
  6. Rentetan itu, nama Mira terus melonjak, apatah lagi pembabitannya terus aktif dalam pelbagai drama televisyen dan antara yang menjadi sebutan termasuk drama Cinta Si Wedding Planner (2016) yang disiarkan di Slot Akasia TV3, Ketupat Palas Mr. Handsome (2016), Abang Bomba I Love You (2016), Meh Sandar Pada Aku (2017), Meh Sandar Lagi (2017), Rahsia Hati Perempuan (2018), Lelaki Kiriman Tuhan (2018) dan Pujaan Hati Kanda (2018).
  7. Dalam dunia perfileman, Mira baru sahaja membuat kemunculan sulung pada tahun ini (2018) menerusi filem ‘Rise: Ini Kalilah’.
  8. Untuk bidang pengacaraan, antara program popular yang pernah dikendalikannya termasuk acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29, rancangan realiti 3 Juara, rancangan majalah televisyen Mahligai Cinta dan Nona.
  9. Sebagai penyanyi, Mira pernah menyumbangkan suara untuk lagu ‘Sandar Padaku’ (duet bersama Aliff Aziz) untuk OST Drama Meh Sandar Pada Aku.
  10. Mira juga mampu berbangga dengan beberapa pencapaian dalam karier seninya iaitu selaku pemenang kategori Artis Baharu MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era 2016, Artis Baharu Wanita Popular (Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29), Aktres Pilihan (Anugerah DFKL 2017) dan Selebriti Harapan Pilihan (Anugerah Stail EH! 2017).
  11. Selaku ahli perniagaan, Mira bersama rakan kongsinya mengeluarkan produk kecantikan jenama sendiri iaitu MORA ESSENTIAL serta koleksi tudung MF SHAWLS.
  12. Sementara itu, pihak media sering membuat liputan tentang gosip cintanya bersama pelawak Zizan Razak, namun sehingga kini beliau lebih selesa melabelkan status hubungan itu sebagai kawan rapat.

Sumber: Iluminasi