My Rail Life KTMB Pas Perjalanan Percuma Tanpa Had

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai My Rail Life KTMB pas perjalanan percuma setahun tanpa had

Menarik: Sukan Olimpik 2024 : Lokasi, Tarikh, Maskot Rasmi

My Rail Life KTMB

Berikut adalah info mengenai My Rail Life KTMB yang dikongsikan oleh https://ecentral.my/my-rail-life-ktmb/

My Rail Life KTMB

Apakah Pas My Rail Life KTM?

Pas MyRailLife ini merupakan pas perjalanan percuma untuk pelajar sekolah Tahun 1 sehingga Tingkatan 6 dan Orang Kurang Upaya (OKU) bagi
perkhidmatan Shuttle Timuran (DMU) sektor Gemas – Tumpat dan perkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang dan Utara.

Pas My Rail Life diperkenalkan untuk meringankan beban kos pengangkutan pelajar sekolah dan golongan OKU yang menggunakan perkhidmatan Shuttle Timuran (DMU) dan KTM Komuter selain menggalakkan pelajar sekolah dan golongan OKU menggunakan pengangkutan awam.

Tempoh penggunaan pas ini berkuatkuasa dari 15 Februari 2023 sehingga 14 Februari 2024.

my rail life ktmb myraillife
  1. Perkhidmatan Shuttle Timuran (DMU) laluan Gemas – Tumpat
  2. Perkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang (Pelabuhan Klang – Tg. Malim – Pelabuhan Klang & Batu Caves– Pulau Sebang Batu Caves)
  3. Perkhidmatan KTM Komuter sektor Utara (Padang Besar – Butterworth – Padang Besar & Padang Rengas – Butterworth – Padang Rengas)

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Pelajar sekolah tahun 1 hingga tahun 6 (umur 7 tahun – 12 tahun)
  • Pelajar sekolah tingkatan 1 hingga tingkatan 6 (umur 13 tahun – 19 tahun)
  • Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Cara Mendapatkan Pas MyRailLife

Pengguna Perkhidmatan Shuttle Timuran (DMU):

  • Mendaftar Rekod Pendaftaran Penumpang atau Passenger Name Record (PNR) secara dalam talian melalui aplikasi KITS, laman sesawang KTMB (https://www.ktmb.com.my)
  • Mendaftar PNR di mana-mana kaunter KTMB antara laluan Gemas – Tumpat.

Pengguna Perkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang:

  • Mendaftar di mana-mana kaunter tiket KTMB di laluan Lembah Klang.

Pengguna Perkhidmatan KTM Komuter sektor Utara:

  • Mendaftar Rekod Pendaftaran Penumpang atau Passenger Name Record (PNR) secara dalam talian melalui aplikasi KITS, laman sesawang KTMB (https://www.ktmb.com.my)
  • Mendaftar PNR di mana-mana kaunter KTMB di laluan Padang Besar – Butterworth – Padang Besar & Padang Rengas – Butterworth – Padang Rengas.

Bayaran & Pengaktifan Kad My Rail Life KTMB

Perkhidmatan Shuttle Timuran (DMU):

Tiada bayaran yang dikenakan.

Perkhidmatan KTM Komuter:

Tiada bayaran dikenakan untuk pengguna konsesi sedia ada.

Pemegang kad konsesi komuter link (pelajar & OKU) sedia ada boleh digunakan terus bermula 15 Februari 2023.

Pengguna Baharu & Pengguna Kad MyRail5 :

i. Pengguna baharu akan mendapat kad baharu secara percuma dan tidak perlu untuk menambah nilai untuk mengaktifkan kad.

ii. Pemegang kad MyRail5 juga perlu mendapatkan kad baharu secara percuma dan tidak perlu untuk menambah nilai untuk mengaktifkan kad.

my rail life ktmb myraillife

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Pendaftaran

Pengguna-pengguna sedia ada yang telah mempunyai PNR
Pengguna Perkhidmatan Shuttle Timuran (DMU) (melalui online
atau kaunter):

  1. No. PNR
  2. MyKad/MyKid/Sijil lahir (bagi pelajar sekolah)
  3. Kad pendaftaran OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat
  4. Dokumen pengesahan daripada pihak sekolah (bagi pelajar sekolah Tingkatan 6 sahaja)

Pengguna Perkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang (melalui kaunter):

  • MyKad/MyKid (bagi pelajar sekolah)
  • Membawa kad konsesi Komuter Link sedia ada ke kaunter-kaunter KTMB untuk ditukar kepada Pas MyRailLife
  • Dokumen pengesahan daripada pihak sekolah (bagi pelajar sekolah Tingkatan 6 sahaja)

Pengguna Perkhidmatan KTM Komuter sektor Utara (melalui
online atau kaunter):

  • No. PNR
  • MyKad/MyKid/Sijil lahir (bagi pelajar sekolah)
  • Kad pendaftaran OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Dokumen pengesahan daripada pihak sekolah (bagi pelajar sekolah Tingkatan 6 sahaja)

Maklumat Lanjut

Klik pautan untuk informasi lanjut mengenai Pas MyRailLife https://bit.ly/3S3qAbm

Sumber: https://ecentral.my/my-rail-life-ktmb/