Sejak dari tempoh PKP ini, kini semua perkhidmatan urusniaga di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hanya boleh dilakukan sekiranya anda membuat permohonan temujanji JPN online terlebih dahulu. Walaupun ianya nampak leceh, tetapi ini penting untuk memutuskan penyebaran COVID-19 sewaktu musim pandemik ini.
Dalam artikel ini kami akan kongsikan cara membuat permohonan borang temujanji JPN di pautan https://mytemujanji.jpn.gov.my.
Apa Itu Jabatan Pendaftaran Negara?
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) adalah sebuah Jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri, dimana bertanggungjawab untuk mendaftar peristiwa-peristiwa penting setiap individu seperti maklumat kelahiran, kematian, pengangkatan, perkahwinan dan perceraian.
JPN juga bertanggungjawab dalam menentukan taraf kewarganegaraan dan seterusnya mengeluarkan dokumen identiti individu dalam bentuk kad pengenalan kepada mereka yang layak.
Jabatan Pendaftaran Negara ditubuhkan selepas Peraturan-peraturan Dharurat (Kawasan – kawasan Pendaftaran) 1948 dikuatkuasakan sebagai salah satu langkah untuk menentang ancaman keselamatan.
Peraturan-peraturan ini memerlukan semua penduduk supaya mendaftar dan memperolehi kad pengenalan apabila mencapai umur 12 tahun ke atas.
Jabatan ini juga telah diberi fungsi tambahan iaitu untuk mendaftarkan semua peristiwa penting yang merangkumi pendaftaran kelahiran, kematian,anak angkat, perkahwinan, perceraian dan kewarganegaraan.
Apa Itu MyJanjiTemu JPN?
Sepanjang tempoh PKPB & PKPP yang masih berkuatkuasa, JPN akan melaksanakan pematuhan SOP yang ketat dengan hanya menerima Pelanggan yang telah mempunyai janji temu sahaja.
Semua perkhidmatan urusniaga JPN perlu dilakukan dengan membuat temujanji terlebih dahulu. Pejabat JPN yang disenaraikan dalam pilihan boleh dipilih mengikut lokasi anda.
Perkhidmatan kaunter yang ditawarkan JPN antaranya termasuklah:
- Daftar kelahiran anak
- Mohon kad pengenalan
- Mohon anak angkat
- Mohon kahwin bukan Islam
- Mohon cerai bukan Islam
- Daftar kematian ahli keluarga
- Mohon warganegara Malaysia
Cara Mohon Temujanji JPN Online
Cara memohon temujanji JPN online atau cara membuat permohonan temujanji JPN online adalah seperti berikut:
- Layari laman web https://mytemujanji.jpn.gov.my/mytemujanjipublic/ atau scan kod QR di atas
- Klik pada butang MULA TEMPAHAN
- Isikan butiran pada semua tempat kosong yang tersedia.
- Pilih tarikh dan cawangan JPN untuk menetapkan tarikh dan masa janji temu.
- Screenshot dan simpan Slip Temujanji untuk ditunjukkan kepada pegawai JPN di kaunter yang telah dipilih mengikut tarikh yang ditetapkan.
Cara Membuat Perubahan Tarikh Temujanji JPN Dan Perubahan Masa Temujanji JPN
Untuk makluman, tarikh dan masa janjitemu tidak boleh diubah. Anda perlu memohon semula janji temu baru. Sila pilih tarikh mengikut waktu sebenar operasi Pejabat JPN.
- ISNIN- JUMAAT: WP Putrajaya, WP Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah & Sarawak)
- AHAD- KHAMIS: Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu
Senarai Kaunter Pejabat JPN Yang Beroperasi
Senarai pejabat JPN yang beroperasi boleh disemak melalui portal rasmi JPN di pautan https://www.jpn.gov.my/.
Pertanyaan Mengenai MyJanjiTemu
Sekiranya terdapat gangguan pada sistem janji temu, pemohon boleh hantarkan emel kepada myjanjitemu@jpn.gov.my. Maklumat lanjut dan permohonan janji temu boleh dilakukan di https://mytemujanji.jpn.gov.my/.
Sumber: ecentral.my