MyVac Pendaftaran Sukarelawan, Elaun RM100 Sehari

MyVac MyVaccine mempunyai sukarelawan yang terbabit dalam proses vaksinasi dan pengurusan COVID-19. Baru-baru ini elaun sukarelawan MyVac atau elaun MyVac telah dinaikkan kepada RM100 ringgit sehari. Ia sebagai menghargai sumbangan dan pengorbanan mereka yang membantu negara dalam tempoh pandemik ini.

Dalam artikel ini kami akan kongsikan maklumat mengenai apa itu MyVac dan bagaimana menjadi sukarelawan MyVac.

Tips lain: Pengambilan TUDM Tentera Udara Diraja Malaysia

MyVac

Apa itu MyVac Malaysia?

MyVAC (Malaysia Vaccine Support Volunteers) merupakan satu inisiatif yang ditubuhkan hasil kerjasama antara Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI), Kementerian Belia & Sukan (KBS), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (MRCS) untuk membantu dalam pelancaran program imunisasi kerajaan dengan menempatkan individu yang bersedia berkhidmat dalam pasukan vaksinasi.

Program mobilisasi sukarelawan ini akan menjadi instrumen yang amat penting dalam kempen vaksinasi Malaysia bagi mencapai “Herd Immunity”. Semua orang dialu-alukan untuk menjadi sebahagian dalam komuniti MyVAC. Anda boleh mendaftar sebagai sukarelawan hari ini.

myvac

Syarat Kelayakan Umum MyVac

  1. Berumur 18 tahun ke atas
  2. Mempunyai Nombor Perubatan APC/ARC yang sah (hanya untuk Sukarelawan Kesihatan SAHAJA)
  3. Sihat dan tidak menghidapi sebarang penyakit kronik atau ketidakupayaan
  4. Tidak mempunyai risiko pendedahan kepada jangkitan Covid-19 dalam tempoh 14 hari

Skop Kerja Sukarelawan MyVac

i) Sukarelawan Bukan Kesihatan

  • Membuat saringan suhu dan gejala
  • Membuat pendaftaran penerima vaksin menggunakan sistem MySejahtera dan MyVAS
  • Membantu mengedarkan borang kebenaran menerima vaksin
  • Mengawal dan mengurus orang ramai di PPV
  • Memberi bantuan kepada Pasukan Kesihatan
  • Memastikan SOP Covid-19 dipatuhi

ii) Sukarelawan Kesihatan

  • Membuat saringan penerima vaksin
  • Mengendalikan penerima vaksin yang mempunyai gejala
  • Memberi penerangan dan konsultasi berkaitan dengan pemberian vaksin
  • Pengawasi semua penerima di Ruang Permerhatian
  • Berkhidmat sebagai Vaksinator

Langkah Pendaftaran MyVac

Untuk cara daftar MyVac, ikuti langkah-langkah berikut.

i) Sukarelawan Bukan Kesihatan MyVac

Langkah 1

  • Daftar diri anda di laman web MyVAC @ www.myvac.com.my
  • Mengesahkan akaun anda melalui emel anda
  • Lengkapkan profil anda
  • Jalankan semua modul latihan sukarelawan dan lulus kuiz
  • Muat turun, cetak dan mengesahkan semua borang yang berkaitan

Langkah 2 – Laporkan diri anda ke Pejabat Belia dan Sukan yang berdekatan

  • Serahkan semua borang
  • Menerima dan menandatangani Surat Tawaran Sukarelawan
  • Pilih lokasi dan tarikh yang anda hendak berkhidmat
  • Terima Kit Sukarelawan anda

Langkah 3

  • Mengesahkan Deklarasi Saringan Covid-19 sebelum tarikh lapor diri
  • Melaporkan diri di Pusat Pemberian Vaksin

ii) Pendaftaran Sukarelawan Kesihatan MyVac

Langkah 1

  • Daftarkan diri anda di laman web MyVAC @ www.myvac.com.my
  • Mengesahkan akaun anda melalui emel anda.
  • Pengesahan APC oleh KKM (4-5 hari bekerja)

Langkah 2

  • Lengkapkan profil anda
  • Jalankan semua modul latihan sukarelawan dan lulus kuiz
  • Muat turun, cetak dan mengesahkan semua borang yang berkaitan

Langkah 3

  • Menghadiri taklimat Sukarelawan Kesihatan “atas talian” (Dijadualkan setiap hari Jumaat)
  • Pilih lokasi dan tarikh yang anda hendak berkhidmat

Langkah 4

  • Mengesahkan Deklarasi Saringan Covid-19 sebelum tarikh lapor diri
  • Melaporkan diri di Pusat Pemberian Vaksin dan serahkan semua borang kepada Penyelaras PPV anda
sukarelawan myvac

Elaun Sukarelawan MyVac atau Saguhati atau Ganjaran

Mengambil prinsip bahawa MyVac ini adalah satu program sukarelawan yang berlandaskan kepada semangat ingin melibatkan diri di dalam usaha memastikan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dapat dilaksanakan sebaik yang mungkin demi kesejahteraan negara, hanya bayaran saguhati sukarelawan akan diberikan mengikut kadar seperti di bawah:

Bagi Sukarelawan Bukan Kesihatan :

  • Tempoh Operasi PPV (8.00 pagi hingga 5.00 petang )RM50.00 untuk setiap sukarelawan yang bertugas melebihi lapan (8) jam waktu operasi PPV
  • Tempoh Operasi PPV (8.00 pagi hingga 10.00 malam) RM50.00 untuk setiap sukarelawan yang bertugas melebihi tujuh (7) jam waktu operasi PPV seperti berikut:
    • Syif A : 8.00 pagi shingga 3.00 petang
    • Syif B : 2.00 petang hingga 10.00 malam
    • *Petugas yang bertugas dua (2) sesi berturut-turut pada hari yang sama layak menuntut elaun RM100.00/ hari.

Bagi Sukarelawan Kesihatan :

  • RM50.00 untuk setiap sukarelawan yang bertugas selama dua sesi atau sepanjang tempoh waktu operasi PPV.
  • RM25.00 untuk setiap sukarelawan yang bertugas selama satu (1) sesi selama enam (6) jam.

Sukarelawan daripada kalangan Penjawat Awam adalah tidak layak untuk menerima bayaran saguhati mengikut Pekeliling Perbendaharaan Malaysia WP10.9 
(Penetapan Kadar dan Perolehan Perkhidmatan Kepakaran Daripada Kalangan Bukan Pegawai Awam Dalam Program Rasmi Kerajaan) yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia berkuat kuasa pada 15 Januari 2021.

Pihak MyVac akan menyediakan kad pengenalan diri dan vest dan kepada setiap sukarelawan yang bertugas. Di akhir program PICK, pihak MyVac juga akan mengeluarkan sijil untuk setiap sukarelawan.

Maklumat Lanjut MyVac

Untuk info lanjut, sila rujuk Soalan Lazim MyVac di SINI.

MySukarela Hotline

  • Waktu Operasi : 9am – 6pm
  • Email : info@mysukarela.com
  • Whatsapp (Message Only) : (+60) 17-303 9042

Sumber: Harian Post