Pengambilan TUDM Tentera Udara Diraja Malaysia 2022 2023

Pengambilan TUDM 2022: Peluang Untuk Anda Menyertai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Dalam Pelbagai Bidang Ketenteraan

Borang Permohonan Perajurit Muda TUDM Siri 65/22 (Lelaki) Dibuka Bermula 18 Jun 21 Sehingga 31 Ogos 21 untuk pengambilan TUDM lepasan ijazah.

Untuk anda yang berminat menyertai TUDM, dalam artikel ini kami akan kongsikan info pengambilan TUDM seperti syarat kelayakan pengambilan TUDM dan cara permohonan online pengambilan TUDM.

Tips lain: Senarai Bidang Dengan Permintaan Kerja Yang Tinggi Di Malaysia 2022

Pengambilan TUDM

Syarat Kelayakan Pengambilan TUDM 2022

Syarat Asas Permohonan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada 1 MAC 2022.
  3. Penglihatan –
    • Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap
    • Tidak rabun warna.
  4. Pendengaran – Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pengdengaran
  5. Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi.
  6. Taraf kesihatan – sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.

Syarat Fizikal

  1. Tinggi:
    • Ukuran Tinggi Minima Lelaki 1.62 m
    • Ukuran Tinggi Minima Wanita 1.57 m
  2. Berat:
    • Berat Badan Minima Lelaki 47.5 kg
    • Berat Badan Minima Wanita 40.5 kg
  3. Indeks Jisim Badan (BMI) :
    • Indeks Jisim Badan Lelaki dan Wanita Diantara 18 hingga 25

Kelayakan Akademik

  1. SPM – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
  2. SVM – Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
  3. SKM TAHAP 2 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,630.01]
  4. SKM TAHAP 3 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,696.02]
  5. DIPLOMA KEJURUTERAAN – Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM2,026.07]

Cara Permohonan Online Pengambilan TUDM 2022

Untuk cara memohon TUDM, sila isi borang permohonan TUDM melalui akaun pemohon di laman sesawang.

pengambilan tudm
  1. Daftar sebagai pemohon di laman web TUDM kerjaya.airforce.mil.my (bagi yang belum mempunyai akaun pemohon).
  2. Log masuk ke bahagian pemohon.
  3. Kemaskini maklumat peribadi, maklumat SPM/SVM, maklumat Sijil/Diploma dan maklumat sukan.
  4. Isi borang permohonan pada tarikh yang ditetapkan dan pilih Pusat Pemilihan Awal yang berhampiran dengan anda.

Nota penting:

  • Borang permohonan atas talian hanya dibuka mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
  • Pemohon perlu membuat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.
  • Pemohon boleh membuat semakan permohonan melalui ruangan pemohon.
  • Pemohon yang berjaya perlu melaporkan diri ke Pusat Pemilihan Awal Perajurit Muda Udara mengikut pusat yang dipilih semasa memohon.

Tarikh Akhir Permohonan Pengambilan TUDM

Tarikh tutup permohonan pengambilan TUDM adalah pada 31 Ogos 2021.

Maklumat Lanjut Pengambilam TUDM 2022

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Seksyen Kerjaya & Pengambilan TUDM
No. Tel: 013-6893814
Hari : Isnin – Jumaat
Masa : 9.00pg – 4.00ptg

Laman web: kerjaya.airforce.mil.my

Sumber: Harian Post