Kisah Sedih Gembira Si Panda Coklat Bernama Qizai

Ditinggalkan oleh ibunya sejak dia berusia 2 bulan, dan seringkali dibuli oleh panda-panda lain disebabkan oleh keunikkannya, kini Qizai, iaitu satu-satunya panda di dalam dunia ini yang berwarna coklat telah menjadi selebriti dan terkenal di seluruh dunia!

Qizai, iaitu nama yang bermaksud sebagai ‘anak lelaki ketujuh‘ ditemui lemah dan dipinggirkan di Bukit Qingling di China Tengah. Dikhabarkan bahawa ibunya, seekor panda yang berwarna normal iaitu hitam dan putih telah meninggalkan Qizai keseorangan. Menurut saintis, Qizai berwarna coklat dan putih disebabkan oleh faktor genetik. Sainstis dan para pengkaji kini berusaha untuk mencarikan pasangan untuk Qizai yang kini berusia 7 tahun, disamping mengkaji misteri disebalik bulu Qizai yang berwarna coklat.

Kehidupan Qizai kini berada di tahap yang selesa, dimana dia diletakkan dan dijaga dengan rapi di lembah Foping Panda. Qizai mempunyai penjaganya yang tersendiri, dimana penjaga ini akan mengatur jadual makan Qizai. Penjaga tersebut bangun seawal 6 pagi dan tidur pada tengah malam semata-mata untuk memastikan Qizai kekenyangan disamping selamat dan selesa.

Qizai bukan sahaja unik tapi dia juga istimewa. Menurut penjaganya lagi, Qizai tidak secerdik panda-panda lain tetapi Qizai paling comel. Bila memanggil panda-panda lain, semua akan datang, tetapi Qizai akan mengambil masa yang agak lama untuk menyedari namanya dipanggil.

Leave a Comment