Pihak Sekolah Menjumpai Beg Dompet Yang Hilang Sejak 1950-an Inilah Kandungannya

Pada musim bunga yang lepas, seseorang di sekolah menengah North Canton menjumpai satu dompet merah yang tersangkut di antara hujung dinding dan sebuah loker. Setelah dilihat kandungan dompet tersebut yang dipenuhi dengan debu, ianya dimiliki oleh seorang gadis bernama Patti Rumfola. Patti yang kehilangan dompet itu berumur 14 tahun dan pergi ke sekolah tersebut pada sekitar tahun 1950-an dan 1960-an.

Foto: North Canton City Schools

Ketika kisah mengenai dompet tersebut dikongsikan di laman rasmi Facebook sekolah menengah North Canton. Ianya menarik perhatian ramai orang yang berminat untuk mencari pemilik asal dompet tersebut. Setelah mencari, mereka mendapati bahawa Patti telahpun meninggal dunia pada tahun 2013.

Menurut maklumat tambahan yang diberikan oleh pihak sekolah, Patti lahir pada tahun 1942 dan bekerja sebagai seorang guru. Patti telahpun berkahwin dan mempunyai 5 orang anak. Patti meninggal dunia pada umur 71 tahun.

Anda boleh lihat di bawah ini beberapa barang yang ditemui dalam dompet tersebut berserta gambar Patti ketika dewasa.

Leave a Comment