Ini Adalah Fungsi Sebenar Poket Kecil Pada Seluar Jeans Anda

Pada zaman kini pasti seseorang lelaki ataupun perempuan pasti memiliki seluar jean dalam almari mereka. Seluar jeans ini menjadi salah satu pakaian yang diminati kerana tahan lasak.

Mungkin kita perasan setiap kali kita memakai seluar terutamanya seluar denim atau ‘jeans’ terdapat satu poket kecil, biasanya pada bahagian kanan poket seluar. Tidak kisahlah jenama apa sekali pun kebanyakan seluar jeans pasti akan disertakan dengan poket kecil ini.

Anda pasti beranggapan poket kecil ini digunakan untuk menyimpan duit syiling bukan? Sebenarnya tidak.

Fungsi Sebenar Poket Kecil Pada Seluar Jeans Anda

Diperkenalkan sejak tahun 1987

Poket kecil di seluar jean ini dikatakan telah mula diperkenalkan pada tahun 1987 lagi. Ia satu jangka masa yang sangat lama. Jadi, tidak hairanlah kenapa ramai yang tidak tahu asal usul ia diperkenalkan.

Kegunaan sebenar poket kecil di seluar jeans

Sebenarnya, poket kecil tersebut pada asalnya diberi gelaran ‘watch pocket’ atau poket jam. Rekaan pertama di dunia ini mula diperkenalkan oleh jenama Levi Strauss atau Levi’s yang cukup terkenal hingga sekarang.

Pada era zaman 80-an, kebanyakan koboi di Amerika Syarikat akan menyimpan jam poket di dalam poket seluar kecil tersebut.

Walaupun sekarang sudah tidak digunakan lagi poket jam tersebut, namun ia tetapi direka seperti itu kerana ia sudah terkenal dengan rekaan berkenaan.