Lelaki Terkenal Dengan Meme Ketawa Ini Telah Meninggal Dunia

Ketika anda melayari internet, sudah pasti ada suatu masa anda pernah ternampak video lelaki ini (dikenali sebagai Juan Joya Borja) yang ketawa secara berdekah-dekah dan unik. Beliau kemudiannya menerima nama gelaran El Risitas (Si Ketawa).

Beberapa hari lepas, beliau telahpun menghembuskan nafas terakhir di Seville pada usia 65 tahun. Beliau menjadi meme global selepas video beliau ketawa tanpa henti ketika menceritakan pengalaman menjadi seorang pencuci pinggan dalam rancangan TV Ratones Coloraos.

Pada asalnya video di muat naik pada tahun 2007 sebelum tular dengan sari kata yang berbeza dari apa yang sebenarnya diucapkan oleh beliau disebarkan dengan meluas pada tahun 2014.

Walaupun beliau dikenali di seluruh dunia, beliau menghadapi masalah kewangan dan terpaksa meminta bantuan kewangan bagi mendapatkan rawatan selepas kaki terpaksa dipotong tahun lalu.

Sumber: Amanz