Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini melancarkan Op Bantu atau Opbantu bagi menyalurkan bantuan kepada mana-mana individu yang terputus bekalan makanan susulan penularan Covid-19 dalam negara.
Kesemua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) seluruh negara akan dijadikan sebagai pusat pengagihan bantuan bekalan makanan bagi mereka yang terkesan atau terputus bekalan makanan.
Bantuan rakyat lain: BKC : Bantuan Khas COVID 19 Kategori Miskin Tegar, B40 & M40
Op Bantu
Apa itu Op Bantu
Op Bantu atau Opbantu adalah bantuan bekalan makanan akan diberikan segera kepada mana-mana individu yang telah terputus bekalan makanan.
Mana-mana individu yang memerlukannya diminta hadir sendiri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berdekatan untuk mendapatkan bantuan segera.
Bagi individu yang tidak dapat hadir ke IPD berdekatan, mereka diminta menghubungi IPD berhampiran masing-masing melalui talian rasmi IPD atau melalui talian Whatsapp Op Bantu.
Skuad AMANITA dan anggota RELA di lapangan akan ditugaskan untuk menyampaikan bantuan segera.
Senarai Op Bantu
Berikut disenaraikan talian khas Whatsapp Op Bantu bagi setiap negeri untuk dihubungi.
Op Bantu Kuala Lumpur
Op Bantu Selangor
Op Bantu Negeri Sembilan
Op Bantu Johor
Op Bantu Kedah
Op Bantu Terengganu
Op Bantu Pahang
Op Bantu Kelantan
Op Bantu Sabah
Op Bantu Perak
Op Bantu Melaka
Op Bantu Perlis
Op Bantu Sarawak
Op Bantu Pulau Pinang
Sumber: Harian Post