Cara Mohon Bantuan Insentif Ibu Bersalin KWKPK (IIB) RM450

Bantuan Insentif Ibu Bersalin KWKPK (IIB / BIB) RM450 akan diteruskan pada tahun 2021. Dalam artikel ini kami akan kongsikan maklumat penuh tentang bantuan ini dan cara untuk anda membuat permohonan.

Bantuan rakyat lain: BKC : Bantuan Khas COVID 19 Kategori Miskin Tegar, B40 & M40

insentif ibu bersalin

Bantuan Insentif Ibu Bersalin

Apa itu Bantuan Insentif Ibu Bersalin (BIB / IIB)?

YAB Ketua Menteri Sarawak dalam pembentangan Belanjawan Negeri 2020 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 November 2019 telah mengumumkan Bantuan Ibu Bersalin berjumlah RM450.00 bagi setiap ibu yang melahirkan anak bermula 1 Januari 2020.

Syarat Permohonan Bantuan Ibu Bersalin

Syarat Kelayakan Bantuan Ibu Bersalin bagi Permohonan Online

  • Warganegara Malaysia;
  • Ibu pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K‘ atau Isteri kepada pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ (Sarawak Connection);
  • Melahirkan bayi di dalam atau di luar Sarawak; dan
  • Usia kandungan telah mencapai 22 minggu dan ke atas.

Peringatan

  • Permohonan ini hanya terbuka kepada ibu yang melahirkan bayi bermula tahun 2020;
  • Tempoh permohonan adalah 3 bulan dari tarikh bersalin;
  • Permohonan ini hanya sah dalam tempoh masa setahun (1) dari tarikh memohon;
  • Hanya ibu sahaja dibenarkan memohon melalui online atau manual; dan
  • Bagi ibu yang memohon sebelum bersalin, sila pastikan anda hantar Nota Discaj atau Sijil Lahir Bayi kepada pihak KWKPK melalui Edit Response Google Form selepas bersalin.

Cara Permohonan (Borang Manual & Online)

Cara memohon Bantuan Ibu Bersalin adalah seperti berikut:

  1. Online melalui pautan Bantuan Ibu Bersalin Permohonan BIB
  2. Manual melalui Borang Permohonan BIB

Borang Permohonan boleh didapati melalui kaedah berikut:

  • Boleh dimuat turun di pautan Borang Permohonan BIB
  • Boleh didapati di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian/ Daerah / Pejabat Daerah / Cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Sarawak / KWKPK (Di Kuching sahaja)

Penghantaran Borang Permohonan Manual boleh dibuat melalui kaedah berikut:

Boleh dikembalikan kepada mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian/Daerah / Pejabat Dearah / Cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Sarawak / KWKPK (Di Kuching sahaja)

Sekiranya butiran permohonan adalah TIDAK LENGKAP, dokumen TIDAK JELAS atau memohon berbanyak kali, KWKPK berhak menolak permohonan anda tanpa memberi sebarang alasan atau notifikasi.

Alamat Surat-Menyurat:
Urus Setia Bantuan Ibu Bersalin (BIB)
Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak (BPAKK)
Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak
Tingkat 8, Bangunan Baitulmakmur II, Petra Jaya
93050 Kuching, Sarawak

Semakan Status Insentif Ibu Bersalin (IIB)

Bagi semakan status Bantuan Ibu Bersalin, sila hubungi pihak KWKPK melalui:
1) Tel: +6082-442050 (Beroperasi mengikut waktu pejabat); atau
2) E-mel: bantuan.ibubersalin@gmail.com

bantuan insentif ibu bersalin

Pertanyaan Insentif Ibu Bersalin

Untuk sebarang pertanyaan Bantuan Ibu Bersalin, boleh hubungi di alamat bawah ini:

Urus Setia Bantuan Ibu Bersalin (BIB)
Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak
Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita,
Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak
Tingkat 8, Bangunan Baitulmakmur II (MASJA II), Petra Jaya,
93050 Kuching, Sarawak

Facebook: iSarawakCare (https://www.facebook.com/iSarawakCare)

Sumber: Harian Post