in

PEMULIH 2021: Permohonan Moratorium Automatik BSN

moratorium bsn

Sempena dengan Moratorium Automatik PEMULIH dalam mengharungi pandemik COVID-19, Bank Simpanan Nasional (BSN) menyalurkan moratorium BSN dan bantuan bayaran balik kepada pelanggannya menerusi Bantuan Bayaran Balik. Permohonan moratorium BSN dikenali sebagai bantuan bayaran bersasar BSN boleh dibuat bermula 7 Julai 2021.

Bantuan lain: PEMULIH: Intipati Senarai Bantuan Untuk B40, M40, & T20

moratorium bsn

Moratorium BSN

Syarat Permohonan Moratorium BSN PEMULIH

Pelanggan BSN yang layak adalah seperti berikut:

  • Individu (sama ada B40, M40 atau T20)-
  • Perusahaan Mikro- Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) yang yang terjejas pendapatan akibat pandemik COVID-19
  • Ahli Kad Kredit BSN – Islamik dan Konvensional

Tertakluk kepada:

  • Pembiayaan / pinjaman tidak tertunggak selama lebih dari 90 hari pada tarikh permohonan; dan
  • Pembiayaan / pinjaman yang diluluskan sebelum atau pada 30 Jun 2021
  • KECUALI individu yang sedang melalui proses kebankrapan, atau perniagaan yang di dalam proses penggulungan syarikat

Nota: Sebarang bantuan TRA yang diambil tidak akan menjejaskan status Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) anda.

Bantuan Bayaran Bersasar

Bantuan Bayaran Balik adalah satu inisiatif oleh pihak Bank dalam membantu pelanggan yang menghadapi kesulitan kewangan berikutan penularan COVID-19.Merujuk kepada pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), para pelanggan boleh memilih sama ada:-

  • Enam (6) bulan Moratorium, iaitu penangguhan pembayaran atau;- 50% pengurangan ansuran bulanan untuk enam (6) bulan, atau;-
  • Penstrukturan semula Pinjaman/ Pembiayaan Sewa Beli dan Pinjaman/ Pembiayaan Kadar Tetap

Cara Permohonan Bantuan Bayaran Balik Pinjaman / Moratorium Bank Simpanan Nasional

Pelanggan yang ingin mendapatkan bantuan bayaran balik pembiayaan boleh membuat permohonan moratorium BSN online melalui https://www.bsn.com.my/page/TRA.

NOTA:

Laman sesawang BSN menerima pelawat yang tinggi buat masa ini dan menyebabkan kesukaran untuk akses masuk.

Anda boleh klik ke pautan berikut untuk memohon mengikut kategori permohonan :

Anda perlu mengisikan borang TRA (Targeted Repayment Assistance) yang akan terpapar seperti dalam gambar di bawah:

moratorium bsn

Isikan alasan permohonan beserta status pendapatan anda.

moratorium bsn

Kemudian isikan tanda tick pada kotak pengesahan sebelum menghantar borang.

moratorium bsn

Borang permohonan anda akan diproses dan anda akan menerima notis kelulusan moratorium dalam masa 5 hari bekerja. Pengesahan penerimaan permohonan juga akan dihantar nelalui SMS.

moratorium bsn

Pertanyaan Moratorium BSN

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut anda boleh rujuk dan hubungi saluran berikut :

Sumber: Harian Post