Pakaian Formal Lelaki & Perempuan

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Pakaian Formal Lelaki & Pakaian Formal Perempuan Untuk Interview / Majlis Rasmi

Lain: Koleksi Contoh Soalan Interview Kerja Yang Selalu Ditanya

Contoh Pakaian Formal Untuk Penjawat Awam

Berikut merupakan panduan pakaian formal bagi pelbagai jenis pakaian bagi lelaki dan wanita :

Lounge suit

pakaian formal

Lelaki

  • Gabungan 2-pieces suit yang terdiri daripada:
    • Kot
    • Seluar Panjang
  • Sut perlu disesuaikan dengan kemeja lengan panjang dan tali leher
  • Seluar dan kot mestilah sepadan dari segi warna dan jenis bahan
  • Pilihan warna sut digalakkan warna hitam atau gelap

Wanita

  • Gabungan 2-pieces / 3-pieces suit yang terdiri daripada:
    • Kot
    • Kemeja
    • Skirt bawah paras lutut / skirt labuh
    • Seluar panjang
  • Sut perlu dipakai dengan kemeja lengan panjang yang dibutangkan
  • Pilihan warna sut skirt / seluar panjang digalakkan warna hitam atau gelap

Two / three -pieces suit bagi pakaian pegawai wanita

panduan pakaian formal wanita

Kemeja dan tali leher bagi pakaian pegawai lelaki

pakaian kemeja formal

Kemeja

  • Kemeja berkolar dan berlengan panjang
  • Hujung lengan baju hendaklah dibutangkan atau memakai cuff link
  • Kemeja hendaklah dimasukkan ke dalam (tuck-in) dan lengan baju tidak
    dilipat
  • Pilihan warna dan corak yang digalakkan adalah warna pastel
  • Kemeja berjalur/ petak seeloknya disesuaikan dengan tali leher tanpa
    corak atau sebaliknya
  • Sekiranya kemeja mempunyai butang kolar, maka kolar harus dibutangkan
  • Lebar kolar hendaklah bersesuaian

Tali leher

  • Ikatan tali leher yang bersesuaian dan kemas
  • Kedudukan pin tali leher adalah di bahagian tengah saku baju
  • Jika memakai lounge suit, tempat pin yang sesuai ialah searas atas saku baju
  • Jika mengenakan pocket handkerchief, tali leher hendaklah dipadankan dengan corak yang sama
  • Hujung kepala tali leher seeloknya mencecah bahagian buckle tali pinggang
  • Corak yang bersesuaian

Pakaian tradisional formal

pakaian tradisional formal
  • Baju Melayu tidak dibenarkan dipakai dengan seluar yang berbeza warna atau jenis bahan, dan berselipar
  • Baju Kurung atau Baju Kebaya hendaklah dipakai mengikut keselesaan (tidak ketat dengan labuh yang sesuai)
  • Fesyen Baju Kurung dan Baju Kebaya hendaklah tidak keterlaluan serta tidak menggunakan fabrik yang jarang
  • Pakaian Sut Punjabi, Cheongsam dan Sari hendaklah bersesuaian dan sopan
  • Pakaian Kebangsaan/ Tradisional hendaklah dipakai secara lengkap dan
    bersesuaian untuk menjalankan tugas rasmi

Baju batik

baju batik
  • Batik yang dipakai hendaklah batik Malaysia
  • Pegawai lelaki digalakkan memakai baju batik berlengan panjang
  • Baju batik digalakkan dipakai ke pejabat pada setiap hari Khamis (bagi Penjawat Awam)

Contoh Pakaian Formal Untuk Interview / Temuduga – Lelaki & Perempuan

LELAKI

  • Bagi calon lelaki, adalah digalakkan untuk memakai baju kemeja lengan panjang berwarna cerah dan lounge suite berwarna gelap dan bertali leher. 
  • Pemilihan kasut – mesti memakai kasut bertumit berwarna gelap kulit/PVC setara dan berstokin warna gelap dan memakai tali pinggang yang mempunyai warna yang sama dengan kasut.
  •   Selain itu,  rambut mestilah pendek dan kemas, dan sekiranya berjanggut, potongan rapi perlu dilakukan. 
pakaian formal
pakaian formal

PEREMPUAN

  • Bagi calon wanita, perlu memakai pakaian yang sepadan dan pastikan pemilihan warna yang sesuai dan tidak memakai pakaian yang berwarna terang.
  • Pakaian yang dipilih mestilah tidak menjolok mata.
  • Pastikan anda memakai kasut bertumit berwarna gelap dan bertutup jenis kulit/PVC atau setara.
  • Penggunaan solekan yang sesuai dan tidak berlebihan.

Diharapkan info pakaian formal malaysia di atas sini dapat memberikan anda maklumat baru yang berguna

Sumber: Pakaian Formal Lelaki & Perempuan Untuk Interview / Majlis Rasmi (ecentral.my)