Senarai Pakaian Tradisional Cina Di Malaysia

Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan koleksi pakaian tradisional cina lelaki & pakaian tradisional cina perempuan yang popular seperti pakaian tradisional cina hanfu, pakaian tradisional cina samfoo, pakaian tradisional cina samfu, pakaian tradisional cina cheongsam dan sebagainya.

Budaya cina di Malaysia yang lain: Senarai Makanan Tradisional Cina Yang Popular

Pakaian Tradisional Cina

Berikut adalah senarai pakaian tradisional cina untuk panduan anda:

Pakaian Tradisional Cina Cheongsam

cheongsam

Cheongsam sering dipakai dalam majlis yang bersesuaian mengikut peredaran zaman seperti majlis perkahwinan dan tahun baru cina. Terdapat banyak jenis cheongsam, namun asalnya pakaian tradisional cina ini berlapis-lapis, penuh sulaman benang emas dan sutera.

Pakaian Tradisional Cina Samfoo

samfoo

Pakaian tradisional cina samfu ini adalah sejenis baju dan seluar yang boleh dipakai oleh wanita dan lelaki dalam kehidupan seharian. Pakaian tradisional cina ini berupa baju longgar dan seluar yang diperbuat daripada kain lembut misalnya kain sutera.

Jubah Labuh

jubah labuh

Jubah labuh juga merupakan pakaian tradisional cina bagi kaum lelaki. Mereka sering menggayakannya ketika perayaan tahun baru cina dan lain-lain lagi.

Pakaian tradisional cina ini dihasilkan dari fabrik sutera dan broked bewarna terang. Ia juga dihiasi dengan benang emas dan perak. Selalunya, warna merah menjadi pilihan warna bagi si pemakai jubah labuh ini.

Pakaian Tradisional Cina Hanfu

hanfu

Istilah “Hanfu” berasal dari kaum Han yang mula memakai pakaian ini. “Yifu” bermaksud baju dalam bahasa mandarin atau bahasa cina. Lengannya kembang dan leher mempunyai kolar yang selesa. Pakaian hanfu ini juga menjadi pilihan ramai kaum untuk mencuba kerana ia amat sopan sekali, malah ia turut direka secara moden.

Changshan

changshan

Changshan adalah sejenis pakaian tradisional cina yang dikatakan berbaju panjang. Seperti cheongsam juga, changshan selalunya dipakai oleh kaum lelaki khususnya. Ia berasal dari Piyin Changshan pada zaman dahulu.

Pakaian tradisional cina ini boleh dipakai untuk menghadiri majlis rasmi dan beberapa acara yang sesuai. Ia juga dikatakan pakaian yang selalu digunakan oleh golongan kelas atasan.

Sumber: bidadari