Dalam artikel ini kami akan kongsikan koleksi pantun cinta pickup line untuk orang tersayang
Lain: Koleksi Ayat Pick Up Line Melayu Padu
Pantun Cinta
Berikut adalah koleksi pantun cinta yang dikongsikan oleh Koleksi Pantun Cinta ‘Pickup Line’ Untuk Orang Tersayang (ecentral.my)
Apa itu Pantun Cinta
Pertama sekali sudah tentulah ia mesti sebuah pantun.
Secara ringkas ia mestilah karangan berangkap, terdiri dari jumlah baris yang genap. Separuh daripadanya pembayang dan separuh kemudian maksud.
Apa yang membezakannya dengan jenis-jenis pantun lain adalah tema yang dibawakan dalam pantun perpisahan – dalam hal ini perpisahan antara individu/kumpulan dengan individu/kumpulan yang lain.
Contoh Pantun Cinta 2 Kerat
Pantun Cinta juga terdapat dalam format pantun 2 kerat dan berikut merupakan senarai pantun 2 kerat bertemakan kasih sayang dan percintaan:
Kopi manis tumpah gula,
Dirimu selalu buatkan ku tergila-gila.
Untuk apa bicara cinta,
Jika hatimu tak terbuka.
Kasih kupendam dalam diam,
Hanya rindu bertahta dalam hati.
Kasih sayang harus dirai,
Jika nak tahu kau yang kucintai,
Hujan ribut dapat ditangkal,
Hati yang rindu apa ubatnya.
Jauh kembara membawa diri,
Takkan dah lupa orang di sini.
Harap awak bijak mengubat,
Tawarkan saya penyakit rindu.
Beli selendang buat sembahyang
Makin dipandang, makin ku sayang.
Lain dulang lain kakinya,
Lain orang lain hatinya.
Dulu gelatik sekarang cendrawasih
Dulu cantik, sekarang masih.
Pantun Cinta 4 Kerat
Pantun Cinta juga terdapat dalam format pantun 4 kerat dan berikut merupakan senarai pantun 2 kerat bertemakan kasih sayang dan percintaan:
Bawa paku dipukul batu,
Dicampur jamu di atas tungku,
Cintaku cukuplah satu,
Untuk kamu sepanjang waktu.
Paling banyak burung gelatik,
di atas terbang melayang,
Memang banyak wanita cantik,
Cuma engkau yang aku sayang.
Hujan lebat angin pun kencang,
Pokok Manggis habislah rebah,
Tidur tak lena makan tak kenyang,
Demam rindu kasih bertambah.
Sekapur sireh pinang disaji,
Di dalam dulang untuk mak dara,
Menjunjung kasih setia budi,
Kasih dan sayang ke akhir usia.
Sejambak kasih setangkai hati,
Dua jiwa berpadu satu,
Saat begini memang dinanti,
Ikatan mesra terikat di kalbu.
Sireh kapur tanda mesra,
Bunga sejambak penyambut kata,
Dipanjang syukur kepada yang Esa,
Cinta disemai kekal selamanya.
Sireh pinang menyambut tetamu,
Kueh keria hidangan kami,
Sejuk tenang cinta kasihmu,
Bagai hujan menyerap bumi.
Patah dahan ranting diruntun,
Putih bersih burung bakawali,
Jalan berpimpin bukannya rabun,
Itu pasangan merpati sejoli.
Pohon durian pohon duku,
Di sampingnya pohon waru,
Memandang wajahmu setiap waktu,
Tak pernah membuatku jemu.
Di atas kota pokok jati,
Sayang jati tiada berbunga,
Awak seorang mahkota hati,
Hidup mati kita bersama.
Pantun Pickup Line Romantik
Ada unta di Gurun Sahara,
Tanpa awak saya sengsara.
Bambu belah jangan dipaku,
Percaya tak awak sentiasa di hatiku.
Tiada permata kalau tiada batu,
Tak bersemangat hariku tanpa tatapan wajahmu.
Buah betik buah mangga,
Awak di sana buat apa agaknya.
Emas permata Si Tuan Raja,
Kita berdua, hanya kau dan aku sahaja.
Pohon jati dibuat peti,
Awaklah cinta sejati.
Pergi bercuti ke negeri Sarawak,
Nak tahu tak, saya sayang awak.
Pergi masjid jumpa Bilal,
Kalau suka saya, kenalah cara yang halal.
Sumber: Koleksi Pantun Cinta ‘Pickup Line’ Untuk Orang Tersayang (ecentral.my)