Panduan Jika Terlibat Dalam Kemalangan Lebih Daripada 2 Kereta

Pernahkah anda lihat atau terlibat dalam kemalangan lebih daripada 2 kereta? Pernahkah terdetik dalam fikiran anda bahawa siapakah yang perlu disaman? Siapa yang perlu bayar untuk baiki semula kenderaan anda? Apa perlu buat selepas kemalangan tersebut?

Panduan Apa Perlu Buat Bila Kemalangan Jalan Raya

Terlibat Dalam Kemalangan

Satu perkongsian daripada Twitter carputapp menceritakan mengenai hal ini. Pertama sekali yang perlu anda faham bahawa 99% kes berlaku pelanggaran dari belakang, yang salah adalah kereta belakang. Hal ini kerana undang-undang di Malaysia memerlukan pemandu belakang untuk sentiasa menjaga jarak.

kemalangan banyak kereta

Jadi tidak kira pelanggaran sama ada dua kereta atau kemalangan ‘sandwich’ melibatkan sehingga enam kereta sekalipun, yang akan dipersalahkan adalah kereta yang paling belakang kecuali dapat dibuktikan sebaliknya.

Siapa Kena Saman

Jadi siapa yang kena bayar siapa? Adakah kereta kedua bayar kereta pertama, kereta ketiga bayar kereta kedua dan seterusnya? Jawapannya adalah TIDAK. Pemandu kereta terakhir akan dikenakan saman trafik. Dan sekiranya ada sehingga enam kereta, kereta satu hingga lima akan tuntut ke atas kereta keenam untuk baik pulih.

Insuran Kereta

Sekiranya anda adalah kereta terakhir dan kereta anda dilindingi insurans, perlindungan sehingga RM 3 juta ke atas insurans anda. Tapi kalau sandwich kereta pertama hingga kelima adalah Lamborghini, kemungkinan besar anda kena tambah duit.

insurans kereta

Panduan Jika Terlibat Dalam Kemalangan Banyak Kereta

Sekiranya anda sebagai pemandu yang terakhir, berikut adalah wang yang perlu anda keluarkan untuk pembayaran:

  1. Saman trafik
  2. Kerugian NCD
  3. Kerugian sekiranya tuntuan lebih RM 3 juta

Sekiranya insurans anda hanyalah insurans pihak ketiga, wang baik pulih kenderaan sendiri tidak akan ditanggung oleh pihak insurans.

Untuk pemandu bukan yang terakhir, anda hanya perlu ke balai polis untuk laporan polis. Cuba dapatkan pengesahan IO dan carilah bengkel panel yang berpengalaman untuk tuntutan insurans pihak ketiga. Hal ini kerana kalau bengkel yang tidak biasa buat, nanti proses akan menjadi lambat dan leceh.

Sumber: Twitter carputapp