Panduan Apa Perlu Buat Bila Kemalangan Jalan Raya

Pernahkah anda terlibat dalam kemalangan jalan raya sepanjang hidup anda? Kemalangan seperti kereta dilanggar dari belakang atau sebaliknya? Sekiranya pernah, anda sudah pasti punyai pengalaman apa perlu buat bila kemalangan berlaku.

Kepada yang masih belum lalui (semoga tidak perlu), amat penting untuk anda ketahui apa perlu buat jika kemalangan supaya dapat jimatkan masa dan elakkan kerugian mencecah ribuan ringgit.

Panduan Jika Terlibat Dalam Kemalangan Lebih Daripada 2 Kereta

Cara Buat Tuntutan PERKESO Sekiranya Anda Terlibat Dalam Kemalangan

Terlibat Dalam Kemalangan

Satu perkongsian daripada Twitter carputapp menceritakan mengenai hal ini. Sekiranya kereta anda dilanggar dari belakang, apa perlu buat selepas kemalangan?

Kebiasaannya ramai yang memilih untuk tidak alihkan kereta dan terus menyebabkan masalah trafik. Kononnya tidak boleh claim insurans selagi polis atau valuer insurans tidak sampai. Ini adalah mitos sebenarnya.

apa perlu buat jika kemalangan

Apa Perlu Buat Selepas Kemalangan Jalan Raya

Berikut adalah langkah yang anda perlu lakukan selepas kemalangan jalan raya.

Kenalpasti Situasi Dan Hidupkan Lampu Kecemasan

Kenalpasti kecederaan diri atau penumpang yang dalam kereta bersama anda. Lihat persekitaran sama ada anda berada dalam posisi yang bahaya atau tidak, terutama sekali bila kemalangan berlaku pada waktu malam.

Sekiranya anda di atas highway yang sunyi di waktu malam, segera alihkan kenderaan ke laluan kecemasan. Ada kemungkinan kereta belakang anda memecut laju dan gagal brek sekiranya anda di tengah-tengah jalan.

lampu kecemasan

Ambil Gambar Kereta Yang Melanggar Anda

Paling penting, anda perlukan nombor plat pendaftaran kereta pesalah untuk tuntutan insurans dari keretanya. Sekiranya boleh, ambil gambar roadtax di cermin keretanya.

Cuba ajak pesalah untuk ke balai polis dan buat report polis. Tapi kalau pesalah enggan ke balai polis dan ajak untuk berbincang tepi bagaimana pula? Ikuti langkah berikut.

Semak Roadtax Pesalah Sama Ada Masih Aktif

Kemungkinan pesalah yang ajak berbincang tepi atau settle tepi ini mempunyai roadtax yang tamat tempoh dan tidak mahu melalui prosedur polis. Untuk kes roadtax mati, anda perlu lakukan tuntutan melalui mahkamah.

Pastikan anda dapatkan maklumat peribadi pesalah, sebaiknya gambar kad pengelanan (IC) pesalah. Tuntutan mahkamah prosesnya panjang. Sekiranya anda ingin setuju dengan perbincangan tepi, pastikan nilainya berbaloi.

roadtax kereta 2021

Buat Laporan Polis

Sesetengah kesilapan pemandu, bila pesalah bayar pampasan secara cash (berbincang tepi), mereka terus anggap kes telah selesai. Kemudian beberapa hari selepas itu, tiba-tiba pihak polis call di mana pesalah dakwa anda yang langgar lari.

Disinilah cover report tu penting untuk mengatakan bahawa anda di pihak yang benar. Untuk kemalangan, report polis perlu dibuat dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan ya. Jangan tangguh.

laporan polis kemalangan

Cari Bengkel Panel Insurans

Cari bengkel sesuai yang anda akan lalukan urusan tuntutan dari A-Z berbekalkan report polis yang dibuat. Cari bengkel yang berpengalaman untuk elakkan kereta anda terkandas di bengkel terlalu lama.

Anda Tuntut Insurans Pesalah, Bukan Insurans Anda

Selangi anda didapati tidak bersalah, anda akan melakukan tuntutan insurans ke atas kereta pesalah. Jadi NCD anda tidak akan terjejas. Jangan risau.

Sumber: Twitter carputapp