Cara Semak Penempatan Murid Tahun 1 Sesi 2022 / 2023 KPM

Kepada ibu bapa atau penjaga di luar sana yang telah mendaftar anak-anak mereka untuk Darjah 1 tahun hadapan, anda boleh buat semakan keputusan penempatan sekolah online melalui portal KPM secara atas talian bermula 1 Ogos 2021 ini.

Maklumat umum lain: Kalendar 2022, Senarai Cuti Umum & Cuti Sekolah

Penempatan Murid Tahun 1 Sesi 2022 / 2023

Berikut adalah cara semakan permohonan pendaftaran murid tahun 1 online bagi sesi 2022 2023.

Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2022 / 2023

KPM telah memperkenalkan Perkhidmatan Dalam Talian iaitu sistem SPS (Modul Pengurusan Murid) bagi memudahkan permohonan ke tahun 1, semakan kehadiran dan mengemaskini profil anak jagaan tanpa ibu bapa murid perlu mengisi borang manual.

Ibu bapa / penjaga hanya perlu membuat pendaftaran kali pertama untuk akaun sendiri jika belum mempunyai akaun atau log masuk menggunakan akaun sendiri jika telah mempunyai akaun sendiri.

Tarikh pendaftaran telah dibuka mulai 1 Mac hingga 30 April 2021 yang lalu. Tarikh semakan sebelum ini diumumkan pada 1 Ogos 2021. Namun ia telah ditangguhkan kepada 1 November 2021.

keputusan penempatan tahun 1
semakan keputusan tahun 1

Cara Semakan Keputusan Penempatan Tahun 1 Sesi 2022 / 2023 KPM

Berikut adalah langkah membuat pendaftaran Tahun 1 secara online.

  1. Layari laman web https://public.moe.gov.my/
  2. Tekan butang Log masuk
  3. Klik pada Semakan Status Permohonan Tahun 1
  4. Setelah itu, pilih Semakan Penempatan
  5. Status permohonan murid akan dipaparkan.
  6. Pengguna boleh mencetak surat penempatan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.

Terlupa Kata Laluan SPS

Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan semula kata laluan sekiranya terlupa?

Tekan Lupa Katalaluan -> Isi semua medan No MyKad/ID Pengguna dan Pengesahan Kod-> Klik butang MOHON KATALALUAN.

Mohon semak e-mel (berdasarkan e-mel yang telah dimasukkan semasa pendaftaran). Sekiranya e-mel yang dimasukkan semasa pendaftaran tidak sah untuk membuat fungsi LUPA KATALALUAN, sila e-mel kepada pihak admin, dengan subjek e-mel: E-mel tidak sah untuk fungsi katalaluan.

Sumber: Harian Post