Pengakap Sekolah : Logo, Lagu, Uniform & Lencana

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai pengakap malaysia & pengakap sekolah seperti logo, lagu, uniform & lencana

Lain: Cara Tampal Lencana Sekolah 2024 (Panduan Terkini)

Logo Pengakap Malaysia

logo pengakap malaysia
  • Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap iaitu:
    • Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara
    • Menolong orang setiap masa
    • Menurut undang-undang Pengakap
  • Bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh.
  • Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan “Persaudaraan Pengakap”
  • Bintang pecah 14 melambangkan “Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia”
  • Bulan Sabit menandakan “Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam”.
  • Lingkaran Tali melambangkan “Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia”.
  • Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
  • Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit pengakap.
    • Kuning – “Pengakap Kanak-Kanak”,
    • Hijau – “Pengakap Muda”,
    • Merah – “Pengakap Remaja”

Lagu Pengakap

Berikut merupakan lirik lagu Lagu Rasmi Persekutuan Pengakap Malaysia & lirik lagu pengakap yang turut digunakan untuk persatuan pengakap di peringkat sekolah:

Kami Pengakap Malaysia
Harapan nusa dan bangsa
Berikrar setia
Pada pertiwi tercinta

Melatih generasi muda
Menjadi insan yang berguna
Persetiaan pengakap
Teras dipegang bersama

Menolong orang setiap masa
Menabur bakti di mana sahaja
Demi Tuhan, Raja dan negara

Berbudi, bersaudara
Taat, menurut perintah
Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap Malaysia

Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap, Pengakap Malaysia

Pakaian uniform Pengakap Sekolah

Berikut merupakan tatacara pemakaian pakaian seragam di sekolah bagi Pengakap Kanak-Kanak:

uniform pengakap sekolah
Pengakap Kanak-Kanak

Skim Latihan dan Lencana Pengakap Kanak-kanak

Skim Latihan Pengakap Kanak-Kanak di sekolah terbahagi kepada 5 bahagian iaitu :

  1. Lencana Keahlian.
  2. Lencana Wajib.
  3. Lencana Kemajuan.
  4. Lencana Kepandaian.
  5. Anugerah Cemerlang Rambu Pengakap Kanak-Kanak.

Kesimpulan pelaksanaan Skim Latihan Pengakap Kanak-kanak adalah seperti mana berikut:

lencana pengakap

Hormat Pengakap

hormat pengakap

Hormat Pengakap diberikan di dalam keadaan berikut:

1. Semasa menemui pengakap lain samada dalam dan luar negeri sebagai tanda persaudaraan dan penghormatan.

2. Semasa menemui pemimpin, penolong pemimpin pengkap dan ketua patrol.

3. Semasa di dalam istiadat-istiadat menerima anugerah, sijil dan sebagainya.

4. Setelah selesai menaikkan bendera Malaysia, bendera negeri dan bendera pengakap.

Cara hormat pengakap dilakukan adalah dengan membuat isyarat Pengakap dan dirapatkan hampir dengan kening mata kanan.

Diharapkan info pengakap sekolah di atas ini dapat memberikan anda maklumat baru yang berguna

Sumber: Pengakap Sekolah: Sejarah, Uniform, Logo, Lagu, Lencana (ecentral.my)