Cara Dapatkan Penyata Bank Maybank Online (e-Statement)

Sebenarnya tidaklah sukar dalam cara dapatkan penyata bank Maybank dan tidaklah memerlukan anda untuk pergi ke bank kalau anda sudah berdaftar dengan Maybank2U. Kami akan kongsikan cara print bank statement Maybank dengan mudah

Kebiasaannya, penyata bank (bank statement) adalah dokumen bukti aliran kewangan yang penting untuk disertakan dalam pelbagai urusan rasmi seperti permohonan pinjaman, pengesahan pendapatan (bagi yang bekerja sendiri) dan macam-macam lagi termasuklah untuk memohon bantuan kerajaan.

Tips lain: Cara Tukar Duit Raya Di Mesin ATM

Penyata Bank Maybank Online

Apa itu e-Statement Maybank

e-Statement Maybank adalah borang dalam talian / soft copy Penyata Akaun Perbankan Konvensional dan / atau Islamik anda.

Pelanggan Maybank boleh melihat penyataan anda melalui 2 cara ini:

  1. Melalui Maybank2u – boleh dilihat dalam talian
  2. Melalui e-mel – e-Penyata anda akan dihantar ke alamat e-mel berdaftar anda

Cara Print Penyata Maybank Online Dari Laman Web Maybank2u

Berikut adalah cara dapatkan penyata Maybank secara online melalui laman web Maybank2u.

  1. Buka laman web rasmi Maybank di pautan maybank2u.com.my
  2. Login seperti biasa dengan memasukkan Username dan Password.
  3. Setelah itu, anda akan masuk ke Dashboard Maybank2u.
  4. Pilih menu e-Bills & Statement untuk melihat penyata akaun Maybank Anda.
  5. Klik menu View untuk melihat secara detail.
  6. Ada pilihan untuk melihat penyata bagi 1-3 bulan. Tekan sama ada Last 30 Days/ Last 60 Days/ Last 90 Days.
  7. Yang terakhir sekali, apabila statement bank atau penyata bank keluar tekan simbol Save.
  8. Setelah itu, anda bolehlah mencetak penyata bank atau e-Statement tersebut.

Cara Dapatkan Penyata Maybank Terus Ke E-mel

Untuk pengetahuan anda, Maybank akan keluarkan bank statement untuk 3 bulan terkini pada setiap penghujung suku tahunan, iaitu penghujung bulan Mac, Jun, September dan Disember.

Jika anda ingin melanggan bank statement Maybank ini, bolehlah setting dalam akaun siap-siap mengikut langkah ini.

  1. Log masuk Maybank2u
  2. Pilih e-Bills & Statements
  3. Pilih Statements
  4. Pilih alamat e-mel yang ingin digunakan untuk tujuan penerimaan penyata
  5. Masukkan kata laluan.
  6. Maybank2u.com akan menghantar bank statement melalui e-mel rasmi m2u@stmts.maybank2u.com.my

Setelah e-mel dihantar, anda perlu melakukan langkah ini:

LANGKAH 1: Buka attachment dalam e-mel tersebut
LANGKAH 2: Masukkan password (diberi dalam e-mel)
LANGKAH 3: Print, save atau simpan dalam handphone / laptop untuk rujukan anda

Cara Dapatkan Penyata Maybank e-Statement Guna Apps Maybank2U

Untuk melihat bank statement Maybank melalui aplikasi mobile, sila muat turun aplikasi Maybank2U di Google Playstore atau Apple iStore.

Kemudian, ikuti langkah ini:

  1. Sila buka aplikasi Maybank2u di handphone Anda.
  2. Masukkan username dan password.
  3. Pilih menu Statement untuk melihat penyata akaun Maybank Anda.
  4. Klik menu View untuk melihat penyata bank secara terperinci dalam masa 1-3 bulan terdahulu.

Cara Print Penyata Mini Dari ATM Maybank

Selain mendapatkan penyata akaun online, anda juga boleh cetak penyata ringkas akaun melalui mesin ATM Maybank.

Untuk makluman, Penyata Bank Mini ini hanya mengandungi 10 urusniaga terkini akaun.

penyata maybank atm

Berikut adalah cara dapatkan Penyata Mini melalui ATM:

  1. Masukkan kad ATM dan tekan PIN
  2. Pilih Lain- lain Urusniaga
  3. Pilih Lain- lain Perkhidmatan
  4. Pilih Penyata Ringkas
  5. Satu resit akan dikeluarkan mengandungi urusniaga akaun tersebut.
  6. Selesai.

Sumber: Harian Post