Info & Tarikh Permohonan MRSM 2022

Iklan permohonan pengambilan pelajar MRSM atau Maktab Rendah Sains Mara bagi sesi 2022 akan dibuka dalam masa terdekat. Teruskan baca artikel ini untuk ketahui tarikh permohonan MRSM 2022.

Tips lain: Koleksi Soalan Percubaan SPM Jawapan Semua Negeri

Permohonan MRSM 2022

Untuk pengetahuan anda, permohonan MRSM 2022 atas talian akan dibuka pada minggu keempat bulan Ogos ini. Permohonan MRSM tingkatan 1 dan permohonan MRSM tingkatan 4 ini akan dibuka sehingga awal November.

Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM

Pemohon yang memenuhi syarat akan dipanggil untuk menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM UKKM mulai November 2021 hingga Januari 2022.

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 & 4

Pendaftaran pelajar tingkatan 1 dan pendaftaran pelajar tingkatan 4 dijangka pada April 2022. Semua cadangan meliputi tarikh tertakluk kepada pengumuman kerajaan daripada masa ke semasa.

Untuk maklumat terkini, pastikan anda mengikuti laman rasmi MARA di media sosial:

Sumber: HarianPost