Permohonan Politeknik & Kolej Komuniti Sesi Akademik 2022 / 2023

Bagi semua pelajar lepasan SPM tahun 2022 / 2023, untuk pengetahuan anda permohonan pelajar ke Politeknik atau Kolej Komuniti kini dibuka secara online untuk pendaftaran dan kemaskini melalui http://upu.mohe.gov.my. Dalam artikel ini kami akan kongsikan maklumat permohonan kolej komuniti & politeknik bagi bakal pelajar yang berminat.

Bagi calon lulusan SPM 2017 ke bawah dan lulusan selain SPM, anda juga boleh memohon melalui portal http://ambilan.mypolycc.edu.my

Tips lain: Sijil SPM Hilang? Dapatkan Semula Secara Walk In Atau Pos Dengan Mudah

Permohonan Kolej Komuniti & Politeknik Bagi Sesi Akademik 2022 / 2023

Apakah Politeknik & Kolej Komuniti?

Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Politeknik mula diperkenal di Malaysia melalui penubuhan Politeknik pertamanya, Politeknik Ungku Omar di Ipoh di bawah Pelan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada tahun 1969.

TVET diperkukuhkan dengan perakuan Jawatankuasa Kabinet mengenai pendidikan pada tahun 1979 dan Pelan Induk Perindustrian Kebangsaan pertama (1985–1995). Kesemua perancangan termasuk perakuan Jawatankuasa Kabinet mengenai latihan (1991), telah membolehkan penubuhan lebih banyak Politeknik serta menambah program pengajian bagi dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan perkhidmatan.

Pada 20 November 2009, pihak Jemaah Menteri telah meluluskan Memorandum daripada Menteri Pengajian Tinggi berkaitan dengan Hala Tuju Transformasi Politeknik. Selain itu, pihak Jemaah Menteri pada 26 Mac 2010 telah menimbang Memorandum daripada Menteri Pengajian Tinggi yang bersetuju supaya ditubuhkan sepuluh Politeknik METrO, empat politeknik dalam RMKe-9 dan enam politeknik dalam RMKe-10.

Konsep penubuhan dan pelaksanaan kolej komuniti di setiap kawasan Parlimen telah dipersetujui pihak Jemaah Menteri pada 5 Julai 2000. Walau bagaimanapun, pada 2005 pihak Jemaah Menteri telah menimbang semula konsep tersebut dan bersetuju agar penubuhan kolej komuniti berdasarkan keperluan kawasan setempat.

Pada tahun 2007, Jemaah Menteri bersetuju agar kolej komuniti dijadikan hab Pembelajaran Sepanjang Hayat. Lanjutan itu, pada tahun 2014, Jemaah Menteri telah mengambil maklum mengenai pelaksanaan program Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) di kolej komuniti.

Bagi mengukuhkan peranan Politeknik dan Kolej Komuniti dalam bidang pendidikan dan latihan, Jemaah Menteri pada 24 Mac 2017 telah meluluskan penggabungan Politeknik dan Kolej Komuniti dalam satu jabatan.

Struktur organisasi baharu Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 23 Februari 2018.

Permohonan kemasukan ke Politeknik dan Kolej Komuniti diuruskan oleh Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Maklumat lanjut mengenai permohonan, status permohonan, surat tawaran dan rayuan bagi kemasukan ke Politenik dan Kolej Komuniti boleh diperoleh dengan melayari laman web rasmi berikut: http://ambilan.mypolycc.edu.my

Apakah Itu TVET?

TVET merupakan singkatan bagi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional.

TVET adalah proses pendidikan dan latihan yang mempunyai hala tuju pekerjaan dengan penekananutama terhadap amalan industri.

Ia bertujuan untuk menghasilkan tenaga kerja yang kompeten dalam bidang-bidang yang tertentu.

Secara umumnya, terdapat dua laluan untuk memasuki bidang TVET iaitu menerusi SijilPelajaran Malaysia (SPM) atau Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).

Lepasan SPM berpeluanguntuk melanjutkan pelajaran sama ada dalam bidang Sijil ataupun Diploma dalam program TVET yang berkemahiran tinggi. Selain itu, bagi pelajar yang kurang kecenderungan dalam akademik dan remaja di luar sistem pendidikan terdapat juga program khas Sijil dan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN).

Lulusan program TVET, termasuklah Politeknik dan Kolej Komuniti mampu menguasai pengetahuan dan kemahiran praktikal denganlebih baik berbanding lulusan program akademik.

Kelebihan ini berpotensi untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan menarik minat majikan untuk menawarkan pekerjaankepada lulusan TVET.

Tarikh Permohonan Kemasukan Politeknik & Kolej Komuniti Sesi 2022 / 2023

Untuk tarikh permohonan politeknik, permohonan online boleh dibuat melalui Portal Rasmi http://ambilan.mypolycc.edu.my sebelum tarikh tutup 2 Julai 2021.

tarikh permohonan politeknik

Syarat Kemasukan Politeknik & Kolej Komuniti

Syarat kelayakan asas bagi permohonan ke politeknik dan kolej komuniti adalah seperti dalam infografik berikut.

syarat kemasukan politeknik

Syarat kelayakan khas boleh dirujuk pada bidang pengajian di bawah.

Bidang Pengajian Yang Ditawarkan

Bidang pengajian yang ditawarkan bagi Politeknik dan Kolej Komuniti untuk pelajar lepasan SPM adalah seperti berikut:

Diploma Politeknik

Untuk melihat semua Program Diploma yang ditawarkan di Politeknik Malaysia, calon boleh layari pautan :
http://ambilan.mypolycc.edu.my/portalbpp2/index.asp?pg=program&kat=d

Sijil Kolej Komuniti

Untuk melihat semua Program Sijil Kolej Komuniti di Malaysia, sila layari pautan : http://ambilan.mypolycc.edu.my/portalbpp2/index.asp?pg=program&kat=s

Lokasi Politeknik & Kolej Komuniti

Terdapat 38 buah Politeknik dan 104 Kolej Komuniti di seluruh negara. Senarai politeknik di Malaysia boleh dirujuk melalui pautan berikut : https://www.upuonline.com/politeknik-kursus.jsp

Lokasi Kolej Komuniti di setiap negeri di Malaysia boleh dirujuk di pautan berikut : https://www.upuonline.com/kursus-kolej-komuniti.jsp

lokasi politeknik
lokasi kolej komuniti

Yuran Politeknik & Kolej Komuniti

Untuk yuran kolej komuniti, yuran pengajian bagi politeknik dan kolej komuniti adalah serendah RM200 bagi satu semester.

Cara Permohonan Politeknik & Kolej Komuniti 2022 / 2023

Untuk cara permohonan kolej komuniti, berikut adalah cara membuat semakan kelayakan dan permohonan atas talian:

1) Mohon calon klik pada portal http://upu.mohe.gov.my atau http://ambilan.mypolycc.edu.my/esemak/index.asp

2) Masukkan No IC, pilih Sijil Pelajaran Malaysia untuk menu Kelayakan Akademik saya. Kemudian, key-in Keputusan SPM.

3) Klik semak dan sistem akan paparkan senarai program yang layak di POLITEKNIK MALAYSIA dan KOLEJ KOMUNITI.

4) Klik pada nama program yang dipaparkan untuk tahu maklumat lebih lanjut.

5) Seterusnya calon kemaskini pilihan program pada borang UPU Online pada 15-21 Jun 2021.

6) Keputusan permohonan diumumkan pada 16 Julai 2021.

Segala tarikh tertakluk kepada pindaan semasa.

Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan secara manual melalui Politeknik atau Kolej Komuniti sehingga 20 September 2021).

Tarikh Rayuan / Semakan Keputusan Permohonan Politeknik & Kolej Komuniti

Tarikh tutup permohonan adalah pada 2 Julai 2021. Bagi calon lulusan SPM 2020, 2019 dan 2018, Jangan lupa untuk mengemaskini pilihan program pengajian anda bermula 15-21 Jun 2021 di pautan https://online.mohe.gov.my/UPUOnline/login

**Sekiranya belum pernah memohon UPU tahun 2021, pelajar boleh membuat pendaftaran baharu di laman web UPU bermula 15-21 Jun 2021.

Berikut adalah tarikh-tarikh penting yang perlu anda ketahui.

  • Semakan Keputusan Permohonan: 16 Julai 2021
  • Rayuan Dibuka : 16 Julai 2021
  • Rayuan Di tutup : 25 Julai 2021
  • Keputusan Rayuan : 19 Ogos 2021
  • Pendaftaran Pelajar Baharu : 20 September 2021

*Perubahan tarikh tertakluk kepada keputusan Bahagian Ambilan Dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti (JPPKK)

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk saluran berikut

  • 03 8888 3837 (waktu pejabat)
  • 019 8683738 (whatsapp sahaja)
  • jppkk.ambilan@mohe.gov.my

Sumber: Harian Post